MAJLIS MESRA AIDILFITRI 2024
SABTU || 20 APRIL 2024
DEWAN IBNU SINA,SMATAF
Alhamdulillah selesai sudah Majlis Mesra Aidilfitri bagi tahun 2024. Terima kasih kepada pihak pentadbiran,guru-guru dan kakitangan SMATAF yang bertungkus-lumus menjayakan majlis pada hari ini.
Terima kasih tidak terhingga kepada YH DATO' HJ ZULKIFLE BIN HAJI ALI AL-HAFIZ, Pengarah Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP) dan isteri atas kesudian meluangkan masa menghadiri majlis pada pagi ini. Turut hadir YDP PIBG SMATAF, Encik Joharifuddin Bin Jalil dan semua ahli jawatankuasa PIBG, Kakitangan Bahagian Pendidikan JAIP, Pengetua KULLIAH dan SMA AL-ATTAS beserta guru-guru, guru-guru yang sudah bertukar dan bersara menambahkan lagi kemeriahan majlis pada hari ini.
Semoga tahun hadapan, kita sekali lagi dapat meraikan majlis yang sama dengan lebih meriah.
0 komen