Orientasi Pelajar Tingkatan 4 & 5 serta Taklimat Pemilihan Aliran dan Mata Pelajaran
Tarikh : 2 - 4 Januari 2019
Masa : 8.00 pagi - 2.30 petang
Tempat : Dewan Ibnu Khaldun & Surau Saidatina Khadijah, SMATAF
Selama tiga hari bermula dari hari pertama persekolahan bagi sesi 2019, telah berlangsungnya Program Orientasi Pelajar Tingkatan 4 dan 5. Objektif utama program seperti ini diadakan adalah supaya pelajar dapat memilih dan memberi komitmen yang tinggi serta bersedia untuk menghadapi peperiksaan Sijil Menengah Agama (SMA) dan Sijil Pelajaran Malaysia (SMA).
Antara pengisian sepanjang program termasuklah:
- Taklimat Mata Pelajaran SPM
- Taklimat Mata Pelajaran SMA
- Taklimat Pemiliharan Aliran serta Mata Pelajaran SPM berdasarkan Laporan Ujian Psikometrik & Kecerdasan Pelbagai
Semoga program dibawah seliaan Unit Bimbingan dan Kaunseling ini dapat meningkatkan motivasi intrisik para pelajar untuk menjayakan diri masing-masing dalam menyediakan pelan tindakan untuk berjaya dan seterusnya cemerlang dalam setiap bidang yang diceburi.
0 komen