GOTONG-ROYONG 4K
18 JULAI 2018- Jawatankuasa Hal Ehwal Pelajar SMATAF dengan kerjasama Unit 4K SMATAF telah menganjurkan Program Gotong-Royong 4K dengan pembabitan seluruh warga SMATAF yang melibatkan pelajar, guru dan staf sokongan. Program yang meliputi aktiviti sisih, sapu dan susun ini adalah sebagai satu usaha bagi memupuk nilai kebersihan, kerjasama antara guru dan pelajar dalam menjaga kebersihan kawasan persekitaran pembelajaran amnya. Program ini bermula pada jam 3 petang dan berakhir pada jam 5 petang meliputi seluruh kawasan sekolah.
Aktiviti ini juga diadakan sebagai persiapan terakhir sebelum jemaah juri Pertandingan 4K anjuran JAIP melakukan penjurian fasa 2 yang dijangka hadir pada 20 Julai ini. SMATAF merupakan sekolah tunggal yang layak ke peringkat seterusnya bagi empat kategori yang dipertandingkan. Semoga SMATAF berjaya mengungguli anugerah bagi kategori yang tercalon.
0 komen