Sekolah Menengah Agama Tengku Ampuan Fatimah

SPM 2020 : SMATAF KEKAL KEDUDUKAN TERATAS SMAN

Khamis, 10 Jun 2021 - Keputusan SPM 2020 telah diumumkan. Alhamdulillah, Sekolah Menengah Agama Tengku Ampuan Fatimah berjaya memperolehi gred purata sekolah 2.95 sekaligus mengekalkan kedudukan ranking teratas di dalam senarai SMAN. Kejayaan ini amat bermakna kerana SMATAF berjaya melonjak ke gred purata sekolah 2.95 berbanding 3.29 pada tahun 2019. Seramai 7 orang pelajar telah memperoleh keputusan cemerlang dengan 9A, 6 orang pelajar memperloleh 8A, 10 orang pelajar memperoleh 7A dan 6A manakala 7 orang pelajar memperoleh 5A. Jutaan tahniah dan terima kasih yang tidak terhingga kepada semua guru dan calon SPM 2020 SMATAF. Semoga kecemerlangan ini menjadi pemacu semangat untuk SMATAF terus melakar kejayaan pada masa akan datang.

Berikut ialah pelajar terbaik mengikut aliran: 

PELAJAR TERBAIK SAINS AGAMA 

-          Nur Alya Nasuha binti Mohd Johanas

PELAJAR TERBAIK SASTERA IKHTISAS (PA)

-          Nur Dayana Husna binti Mohd Azmi

PELAJAR TERBAIK SASTERA IKHTISAS (PN)

-          Nur Dayanah Athirah binti Zakaria
-          Insyirah binti Tolha
-          Siti Balqis Sakinah binti Norizan
-          Cempaka Syamimie Binti Mohamad Sharil
-          Amirah binti Amiruldin

PELAJAR TERBAIK SASTERA IKHTISAS

-          Huwaina Rau’ah binti Ahmad Faizal

Tag: spm.2020

0 komen

Sila berikan komen anda di sini