Sekolah Menengah Agama Tengku Ampuan Fatimah

4K: Gotong-Royong Fasa 1

Khamis, 10 Januari - Sesi persekolahan bagi tahun 2019 telah bermula sejak seminggu lalu. Bagi memastikan para pelajar dapat menjalani sesi Pembelajaran dan Pemudah Cara (PdPC) dengan selesa serta berada pada tahap kebersihan yang optimum, maka kebersihan menjadi fokus utama pihak sekolah. Bagi merealisasikan hasrat murni ini, program yang dinamakan Program Gotong-Royong Fasa 1 telah dijalankan di SMA Tengku Ampuan Fatimah pada 9 Januari baru-baru ini.

Program gotong-royong yang bermula seawal jam 3.30 petang ini turut menyaksikan Setiausaha 4K Unit Kebersihan, Puan Sariah Binti Muhammad Arshad memberi taklimat kepada para pelajar terlebih dahulu bagi memastikan program berjalan lancar. 

Sebagai permulaan, program pada kali ini lebih berfokus kepada kebersihan dan keceriaan kelas di bawah bimbingan guru kelas masing-masing. Sehubungan dengan itu, setiap kelas dikehendaki untuk memastikan kelas berada dalam keadaan bersih dan kemas. 

Selain itu, kerjasama dan kesepakatan amat dititikberatkan sepanjang program berlangsung agar selari dengan objektif program bagi :
(i) meningkatkan kebersihan dan keceriaan sekolah,
(ii) memupuk semangat kekitaan dalam kalangan warga sekolah, 
(iii) menyemai nilai-nilai murni dalam kalangan pelajar, dan seterusnya 
(iv) meningktkat semangat kerjasama sekaligus mengeratkan silaturrahim antara warga sekolah. 

Semoga usaha kecil sebegini dari pihak sekolah dapat membantu melonjak para pelajar ke arah minda kelas pertama, terutama sekali dalam aspek kebersihan. 

    “Sekolah Bersih, Hati pun Jernih”



Tag: 4K.Fasa1

0 komen

Sila berikan komen anda di sini