Sekolah Menengah Agama Tengku Ampuan Fatimah

PANITIA SAINS: TAKLIMAT PENGGUNAAN ALAT PEMADAM KEBAKARAN & BANTUAN KECEMASAN DENGAN USAHA SAMA JABATAN BOMBA & PENYELAMAT DAERAH PEKAN

Hari: Selasa
Tarikh : 21 Januari 2020
Masa: 8.45 - 11.00 pagi
Tempat: Mudarraj, SMATAF

Dalam memenuhi keperluan semasa sukatan mata pelajaran Sains tingkatan 4, Panitia Sains SMATAF berasa terpanggil untuk menjemput wakil daripada Jabatan Bomba dan Penyelamat Daerah Pekan bagi memberikan taklimat berkaitan keselamatan dan kecemasan kepada para pelajar. Taklimat yang telah berlangsung selama dua jam telah memberi pendedahan scara amali kepada para pelajar mengenai alat pemadam kebakaran. Menerusi pendekatan sebegini, para pelajar berkesempatan untuk berkomunikasi mengenai jenis pemadam api (1.3.1) di samping mendapat pendedahan secara langsung mengenai kaedah penggunaan pemadam kebakaran (1.3.2). 

Selain itu juga, para pelajar turut mendapat taklimat beserta panduan berkaitan bantuan kecemasan Resultasi Kardiopulmonari (CPR). Taklimat beserta amali ini berjaya menyatakan kepada para pelajar apakah itu CPR dan situasi yang memerlukan CPR (2.1.1) serta demonstrasi kaedah CPR (2.1.2). Wakil dari Jabatan Bomba dan Penyelamat Daerah Pekan turut menerangkan kepada pelajar dengan lebih terperinci akan kepentingan CPR (2.1.3).

Semoga inisiatif dari Panitia Sains SMATAF ini dapat memberi pendedahan, sekaligus melonjak prestasi para pelajar ke arah lebih proaktif dan dinamik. 

Tag: Bomba.T4Silubus

0 komen

Sila berikan komen anda di sini