Sekolah Menengah Agama Tengku Ampuan Fatimah

MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE-24 DAN HARI PELAPORAN PEPERIKSAAN PERTENGAHAN TAHUN

PEKAN – Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG)  SMATAF  telah mengadakan Mesyuarat Agung Kali Ke-24 bertempat di Dewan Ibnu Sina, SMATAF.  Mesyuarat berlangsung dari jam 8.30 pagi hingga 12.00 tengahari.  
Kemudian, pada jam 12.00 tengahari, sesi pelaporan pelajar  telah diadakan. Hari Pelaporan  merupakan hari di mana pihak sekolah menyerahkan laporan prestasi pelajar-pelajar kepada ibu bapa mereka. Majlis tamat pada jam 1.00 tengahari.  Ucapan tahniah kepada para pelajar yang mendapat keputusan cemerlang  dalam Peperiksaan Pertengahan Tahun. Semoga segala usaha dan sumbangan mereka-mereka yang terlibat sama ada secara langsung mahupun sebaliknya mendapat keredhaan Allah. 

Tag: PIBG.2018

0 komen

Sila berikan komen anda di sini