Sekolah Menengah Agama Tengku Ampuan Fatimah

TAKLIMAT SOP PEMBUKAAN SEMULA SEKOLAH PASCA PKPP

TARIKH : 08 JULAI 2020
MASA : 3.00 PETANG
TEMPAT : DEWAN IBNU SINA

Selaras dengan pengumuman oleh YB Menteri Kanan Pendidikan Malaysia, Dr Radzi Jidin, pelajar tingkatan 1 hingga 3 akan memulakan sesi persekolahan pada 15 Julai 2020. Oleh yang demikian, pihak pentadbiran sekolah telah menjemput Pegawai Kesihatan Daerah Pekan bagi menyampaikan taklimat SOP yang lebih terperinci kepada guru - guru serta kakitangan SMATAF dalam usaha membuat persiapan kemasukan pelajar-pelajar tersebut. Terima Kasih diucapkan kepada Pegawai Kesihatan Daerah Pekan atas maklumat yang telah disampaikan. Kepada semua warga SMATAF, marilah sama-sama kita mematuhi SOP yang telah ditetapkan bagi mencegah wabak COVID-19 ini berpanjangan  

Tag: covid19.2020

0 komen

Sila berikan komen anda di sini