Sekolah Menengah Agama Tengku Ampuan Fatimah

Lawatan Sambil Belajar ke Kuala Lumpur

Sempena meraikan tamatnya peperiksaan Sijil Menengah Agama (SMA) 2016, pihak sekolah telah menganjurkan lawatan sambil belajar ke Kuala Lumpur untuk para pelajar tingkatan 4. Lawatan selama sehari ini disertai oleh 74 orang pelajar, 3 orang guru dan 3 orang staf sokongan yang diketuai oleh Puan Nadiah bt Abdul Hamid. Antara tempat-tempat yang dilawati ialah Muzium Bank Negara, Petrosains, Aquaria dan juga Ikea. Berdasarkan lawatan ini, para pelajar mendapat banyak  input yang baru dan dapat menambah ilmu pengetahuan yang sedia ada disamping merehatkan minda mereka selepas bertungkus lumus menghadapi peperiksaan. 

Tag: SMA lawatan

0 komen

Sila berikan komen anda di sini