KEJOHANAN PING PONG MSSD PEKAN
PEKAN - Pasukan Ping Pong SMATAF telah menyertai kejohanan Ping Pong MSSD Pekan di Sekolah Menengah Kebangsaan Peramu Jaya, Pekan pada 30 Januari 2019. Nor Syifa bt Abdul Rahman, 17 tahun telah menjuarai kategori perempuan manakala Inas Insyirah bt Hasni, 17 tahun dan Azieatul Naziella bt Edhar, 14 tahun telah berkongsi tempat ketiga. Seorang lagi peserta Siti Sabrina bt Norazme, 15 tahun terpaksa berpuas hati dengan tempat keempat. Tahniah diucapkan kepada guru pembimbing serta pasukan Ping...
RUMAH HIJAU MUNCUL JUARA !!!
PEKAN – Unit Kokurikulum SMATAF telah menganjurkan Karnival Sukan dan Ilmiah bagi tahun 2019. Karnival yang berlangsung selama 3 hari ini, bermula 21 hingga 23 Januari menyaksikan empat rumah sukan bertanding bagi 15 acara ilmiah dan 4 acara sukan. Tujuan utama diadakan karnival ini bagi memupuk semangat kesukanan, setia kawan, integrasi dan jati diri dalam kalangan pelajar. Rumah Hijau telah dinobatkan sebagai Juara Keseluruhan bagi karnival kali ini, diikuti dengan Rumah Biru tempat kedua,...
Karnival Sukan & Ilmiah 2019: Johan Milik Siapa?
Tarikh : 28-30 Januari 2019
Masa : 3.30 - 5.00 petang
Tempat : SMATAF
Rabu, 30 Januari 2019 - “Karnival Sukan & Ilmiah SMATAF 2019” akhirnya melabuhkan tirai pada tanggal 30 Januari 2019 setelah berlangsung selama tiga hari. Kemeriah serta kehangatan masih lagi terasa walaupun karnival telah melabuhkan tirai dengan rasminya.
Sepanjang tiga hari karnival berlangsung telah menyaksikan pelbagai acara sukan dan ilmiah dipertandingkan. Antaranya termasuklah,
Acara Ilmiah:
- Syarahan BM (PR...
Taklimat Kesihatan: Apa itu Penyakit Thalasemia?
Selasa, 22 Januari 2019 - Sebuah taklimat kesihatan berkaitan penyakit Thalasemia telah diadakan di SMA Tengku Ampuan Fatimah (SMATAF). Sesi taklimat yang telah berlangsung selama 40 minit di Mudarraj, SMATAF telah disampaikan oleh wakil Pegawai Perubatan dari Jabatan Kesihatan Daerah Pekan.
Menerusi sesi taklimat tersebut, pelajar-pelajar didedahkan mengenai penyakit Thalasemia seperti faktor-faktor penyakit Thalasemia. Di samping itu, pelajar-pelajar turut diberi taklimat berkenaan...