UJIAN SARINGAN TALASEMIA 2018
TEMERLOH : 6 FEBRUARI 2018 telah berlangsung program ujian saringan Talasemia. Ujian saringan ini telah dilaksanakan oleh jururawat dari Pejabat Kesihatan Daerah Temerloh. Ujian ini telah dilaksanakan kepada pelajar -pelajar tingkatan 4 sahaja. Apa itu talasemia ? Talasemia adalah sejenis penyakit keturunan. Penyakit ini diturunkan daripada ibu bapa kepada anak-anaknya. Ujian saringan Talasemia hanya perlu dilakukan sekali seumur hidup. Bagi pelajar, ujian ini akan diberikan...
BENGKEL KEMAHIRAN MENGHAFAZ AL QURAN
TEMERLOH – Pada 5 Februari 2018 yang lepas, telah berlangsungnya Bengkel Menghafaz Al Quran bagi pelajar Tingkatan 4 dan pelajar tahfiz Sekolah Menengah Agama Al Ittifaqiyyah Guai Temerloh Pahang. Bengkel yang berlangsung selama 2 jam ini di bilik seminar telah disampaikan oleh Al Fadhil Ustaz Mohd Hasdi Bin Mohamed Al Hafiz dari Sekolah Menengah Agama Al Maarif Kuantan Pahang. Tujuan bengkel ini diadakan adalah untuk memberi pendedahan kepada pelajar – pelajar tentang teknik dan kemahiran...
FENOMENA GERHANA BULAN
TEMERLOH – 31 Januari 2018 : Tiga fenomena keatas bulan yang berlaku serentak malam tadi iaitu ‘Super Blue Blood Moon’ atau ‘Gerhana Supermoon’ yang kali terakhir berlaku pada 31 Mac 1866 iaitu 152 tahun lalu, menyaksikan orang ramai di seluruh negara berkumpul untuk menyaksikan sendiri fenomena luar biasa itu tidak terkecuali warga SMA Al Ittifaqiyyah Guai Temerloh. Sebagai tanda mensyukuri nikmat kekuasaan Allah SWT, Badan Dakwah Islamiyah (BADIS) SMA Al Ittifaqiyyah Guai telah menganjurkan...
CERAMAH DISIPLIN & MAJLIS PENYERAHAN WATIKAH PELANTIKAN KEPIMPINAN PELAJAR TAHUN 2018
TEMERLOH – Tanggal 31 Januari 2018 telah diadakan Ceramah Disiplin dan Majlis Penyerahan Watikah Pelantikan Kepimpinan Pelajar Tahun 2018. Program dimulakan dengan Ceramah Disiplin yang telah disampaikan oleh Tuan Inspektor Mohd Razzi Bin Ismail, Inspektor Ketenteraman Awam IPD Bera merangkap Pegawai Perhubungan Sekolah pada jam 8.30 pagi. Sejurus selepas itu, program diteruskan lagi dengan Majlis Penyerahan Watikah Pelantikan kepada kepimpinan pelajar SMA Al Ittifaqiyyah Guai bagi tahun...

