KURSUS ALAT MUZIK PERCUSSION DI SUTRA NURANI ENTERPRISE
Pada 18 Februari 2017: Kelab Nasyid dan Kesenian SMAIG dibawah pengurusan KoKurikulum SMAIG telah mengadakan Kursus Percussion yang bertempat di Sutra Nurani Enterprise Bandar Baru Selayang, Batu Caves Selangor. Tujuan kursus ini diadakan adalah memberi pendedahan kepada ahli kelab cara bermain alat muzik percussion dengan betul, melahirkan golongan pelajar yang berkebolehan dan cemerlang dalam bidang akademik dan kokurikulum serta menambah pengetahuan pelajar dan kemahiran...
PERTANDINGAN SUKAN & ILMIAH PERINGKAT SEKOLAH 2017
Pada 15-17 Februari 2017 telah berlangsungnya Pertandingan Sukan Dan Ilmiah Peringkat Sekolah bagi tahun 2017. Antara acara yang dipertandingkan ialah Bola sepak, Takraw, Bola Tampar, Badminton, Bola Jaring dan Futsal. Bagi kategori Ilmiah pula ialah Syarahan Bahasa Melayu, Syarahan Bahasa Inggeris, Syarahan Bahasa Arab, Khutbah, Kupasan Hadith, Tafsir Al-Quran, Tilawah Al-Quran dan Nasyid. Semua acara yang telah dipertandingkan telah diwakili oleh pelajar-pelajar mengikut rumah sukan...
MAJLIS PENYERAHAN WATIKAH PELANTIKAN BARISAN KEPIMPINAN PELAJAR SMAIG
SMA AL ITTIFAQIYYAH GUAI: 10 FEBRUARI 2017- Pada hari ini telah diadakan satu Ceramah Kepimpinan yang telah disampaikan oleh Pegawai Perhubungan Sekolah Sub Inspektor Muda Bin Mat Hassan dari IPD Bera. Ceramah disampaikan kepada barisan kepimpinan pelajar iaitu Pengawas Sekolah, Pengawas Perpustakaan, Ketua Kelas dan Exco Asrama Putera dan Puteri. Selepas ceramah kepimpinan, program disusuli pula dengan Majlis Penyerahan Watikah Pelantikan kepada barisan kepimpinan pelajar. Watikah...
BENGKEL KEPIMPINAN PELAJAR BERSAMA POK NIK AKADEMI AZAM
SMA AL ITTIFAQIYYAH GUAI – Pada 8 FEBRUARI 2017, Jawatankuasa Badan Disiplin SMAIG telah mengadakan Bengkel Kepimpinan Pelajar kepada semua pengawas sekolah, pengawas perpustakaan, ketua kelas, penolong ketua kelas dan exco-exco asrama putera dan puteri. Bengkel ini berlangsung selama satu hari bertempat di Makmal Bahasa SMAIG. Tujuan bengkel ini diadakan adalah untuk memberi pendedahan kepada pelajar tentang cara untuk memimpin, membina individu yang berkeyakinan dan berketrampilan...