Sekolah Menengah Agama Pelangai

28740 Bentong, Pahang Darul Makmur

Papar Artikel

Perjumpaan Kokurikulum ke 5

 30 Jan, Rabu - Walaupun keadaan hujan renyai-renyai di SMAP, namun itu tidak mematahkan semangat warga sekolah untuk meneruskan aktiviti yang telah dirancang.

Persatuan Puteri Islam Malaysia (PPIM) telah menjalankan aktiviti demonstrasi memasang khemah bertujuan memberi pendedahan mengenai kaedah dan teknik pembinaan khemah.

Manakala, aktiviti Kadet Polis pula adalah dengan latihan kawad serta latihan nyanyian Kadet Polis.

Tag: Kokurikulum buletinsmap

Papar Artikel

Karnival Bahasa Melayu 2018

20 Januari, Sabtu - Persatuan Bahasa Melayu telah menganjurkan Karnival Bahasa Melayu 2018. Antara program yang terlibat ialah pertandingan syarahan, bahas/debat, dan forum. Bagi memeriahkan lagi karnival ini, semua pelajar diwajibkan untuk hadir.

Tujuan karnival ini diadakan adalah untuk mencungkil bakat baru untuk di ketengahkan khususnya bagi menyertai pertandingan Majlis Sukan dan Ilmiah Sekolah Agama Pahang (MASISUPA).

Tag: bahasa melayu bahas debat forum syarahan buletinsmap