Sekolah Menengah Agama Pelangai

28740 Bentong, Pahang Darul Makmur

Papar Artikel

Majlis Sulaman Kasih Junjungan Budi

31 Julai, Isnin -  Selama 7 tahun menerajui pentadbiran SMAP, Tuan Haji Mohd Nasir b. Abdul Malek akan mula bersara pada 1 Ogos 2017. Beliau mula berkhidmat di Jabatan Agama Islam Pahang sebagai guru mulai tahun 1986.

Sepanjang 30 tahun berkhidmat, beliau telah bertugas di beberapa buah sekolah menengah agama di negeri Pahang antaranya SMA Al Khairiah, Maahad SAS, SMA Padang Tengku dan SMA Pelangai.

Beliau sangat disegani oleh warga SMAP dan masyarakat setempat sehinggakan hampir setiap...

Tag: majlis persaraan perpisahan sulaman kasih junjungan budi pengetua

Papar Artikel

Majlis Sambutan Hari Raya AidilFitri

20 Julai, Khamis - Usai majlis perpisahan Cikgu Fahmi pada sesi pagi, program di teruskan dengan Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri peringkat sekolah. Keadaan meriah dengan pakaian bewarna warni menceriakan lagi suasana majlis.

Kami warga SMAP turut mengundang jiran kami dari Program Pemulihan dalam Komuniti (PDK) Pelangi Pelangai untuk bersama memeriahkan lagi majlis. Majlis turut dihadiri Penghulu Mukim Pelangai dan Ketua Kampung.

Alhamdulillah, bersama kita panjatkan kesyukuran di Syawal...

Tag: majlis hari raya buletinsmap

Papar Artikel

Majlis Perpisahan Cikgu Fahmi

20 Julai, Khamis - Setelah 3 tahun berjauhan dengan isteri dan anak-anak, akhirnya permohonan pertukaran Cikgu Fahmi ke negeri kelahiran beliau di luluskan. Beliau yang mula berkhidmat di SMAP sejak Januari 2008 sehingga kini hampir 10 tahun lamanya.

Kami warga SMAP mendoakan yang terbaik buat Cikgu Fahmi sekeluarga. Semoga pertemuan dan perpisahan ini, tidak merenggang sillaturrahim yang telah terbina. Insyaallah, jangan lupakan kami warga SMAP ya cikgu :)

Tag: majlis perpisahan cikgu fahmi

Papar Artikel

Iftar Jamaei 2017

22 Jun, Khamis - Pihak sekolah telah mengadakan majlis berbuka puasa peringkat sekolah atau lebih mesra dikenali sebagai iftar Jamaei. Pada tahun ini pihak sekolah telah mengumpulkan sejumlah derma dari pihak guru, dan beberapa pihak swasta bagi memberi sumbangan kepada anak yatim ,warga orang asal dan warga emas disekitar Simpang Pelangai.

Sumbangan disampaikan oleh Yang Dipertua PIBG dan Pengetua kepada golongan anak yatim, warga asal  dan golongan warga emas. Diharap program ini dapat...

Tag: #smap #iftar jamaei