Motivasi Belajar 2019
5 Januari, Sabtu – Sebagai pembuka tahun 2019, sebuah program motivasi telah dianjurkan oleh Unit Kaunseling SMAP bagi meningkatkan motivasi para pelajar serta menambahkan tip-tip penting yang boleh diamalkan sewaktu pembelajaran dan ulangkaji.
Pihak konsultan Aura Imtiyaz sekali lagi telah dijemput untuk menggalas tugas ini. Kelihatan para pelajar begitu seronok ketika menghadiri program tersebut. Diharapkan agar pelajar dapat mengaplikasikan teknik dan tip belajar yang telah diberikan oleh pihak konsultan.
0 komen