Sekolah Menengah Agama Pelangai

28740 Bentong, Pahang Darul Makmur

Papar Artikel

Kem Ibadah 2018

28 April, Sabtu – Badan Dakwah & Qudwah (DAQU) SMAP telah menganjurkan program Kem Ibadah 2018. Kem ini diadakan bertujuan untuk membantu pelajar Tingkatan 1 & 2 memperbaiki kualiti ibadah solat dan bacaan Al-Quran khususnya.

Namun, terdapat juga aktiviti team building serta LDK bagi memotivasikan pelajar. Menariknya kem ini dikendalikan sepenuhnya oleh Badan Pengawas, Naqib dan Naqibah. Tahniah kepada DAQU SMAP kerana berjaya melaksanakan program ini.

Semoga kem ini dapat melahirkan...

Tag: kem ibadah tahsin solat tingkatan 1 & 2 ldk hafazan

Papar Artikel

Bengkel Seni Visual

24 April, Selasa -  SMAP telah menghantar beberapa orang pelajar ke Bengkel Seni Visual yang berlangsung di SMK Bentong. Para pelajar yang terdiri daripada pelajar kelas Seni Visual turut memanfaatkan peluang ini untuk menambah ilmu dalam kemahiran menggunakan warna air ( water-colour).

Tag: bengkel seni visual spm buletinsmap

Papar Artikel

Latihan Kebakaran 2018

23 April, Isnin – Unit Keselamatan 4K SMAP dengan kerjasama Pihak Jabatan Bomba & Penyelamat Malaysia, Karak telah menganjurkan Latihan Kebakaran 2018. Program yang diadakan sepanjang tahun ini bertujuan memberikan pendedahan kepada pelajar tentang bagaimanakan pelan kecemasan sewaktu berlakunya perkara yang tidak di ingini.

Berbeza dengan tahun sebelumnya, kali ini kehadiran pihak Bomba sendiri membuatkan warga SMAP begitu teruja! Kemunculan kenderaan Bomba terut mencuri tumpuan dengan...

Tag: latihan KEBAKARAN smap Bomba penyelamat