Sekolah Menengah Agama Pelangai

28740 Bentong, Pahang Darul Makmur

Treasure Hunt 2018

7 Feb, Rabu - Aktiviti kokurikulum petang ini meriah dengan acara Treasure Hunt kelolaan Persatuan Bahasa Inggeris dengan kerjasama Persatuan Bahasa Melayu & Persatuan Bahasa Arab.

Tujuan aktiviti ini adalah untuk memupuk kerjasama antara pasukan dalam menyelesaikan masalah & turut menggalakkan pelajar berkomunikasi dalam 3 bahasa iaitu Bahasa Melayu, Inggeris & Arab.

Sebanyak 9 checkpoint diwujudkan sekitar sekolah & 39 pasukan telah bersaing dalam aktiviti kali ini. Disebabkan jumlah saingan yang begitu besar maka hadiah hanya disediakan untuk 10 pasukan yang terawal menghabiskan kesemua checkpoint yang disediakan.

Aktiviti yang bermula jam 3.30 petang ini berakhir tepat jam 5.00 petang. Terima kasih kepada semua yamg menjayakan Treasure Hunt 2018!

Tag: buletinsmap treasurehunt

0 komen

Sila berikan komen anda di sini