Lawatan Ke Taman Botani Negara, Shah Alam
18 November, Ahad – Pelajar Tingkatan 3 berasa begitu teruja bertandang ke Taman Botani Negara, Shah Alam. Seramai 37 orang pelajar telah mengikuti program lawatan kali ini. Turut mengiringi adalah Ustaz Safuan, Ustaz Hafiz, Cikgu Romani dan Ustazah Zainab.
Aktiviti utama yang di lakukan oleh para pelajar ialah Botanical Treasurehunt. Dalam aktiviti ini para pelajar di kehendaki menyiapkan tugasan yang telah di tetapkan di checkpoint yang tertentu. Segalanya adalah berkenaan Pendidikan Pertanian. Para peserta sangat teruja dan seronok dengan aktiviti tersebut.
Setelah selesai aktiviti utama pada jam 12.00 tengahari, para pelajar turut tidak melepaskan peluang untuk mencuba sendiri aktiviti-aktiviti yang disediakan di sekitar Taman Botani Negara. Antaranya ialah Skytrex dan Kayak.
Rata-rata pelajar menunjukkan reaksi puas dan gembira dengan lawatan mereka kali ini. Apapun, semoga lawatan kali ini dapat menambahkan ilmu pengetahuan baru serta pengalaman berharga buat para pelajar. Tahniah!
0 komen