Hari Ihtifal 2017
25 Januari, Rabu- Sekolah Menengah Agama Pelangai telah mengadakan Hari Ihtifal untuk kesekian kalinya bagi memberi pengiktirafan kepada pelajar dan guru yang telah menunjukkan prestasi cemerlang sebagai tanda penghargaan daripada sekolah.Pihak sekolah telah mengundang Encik Tajudin Ismail, mantan Guru Penolong Kanan 1 SMA Pelangai bagi merasmikan majlis pada hari ini.
"saya telah melihat banyak perubahan-perubahan yang berlaku disekolah samada dari segi fizikal, infrastruktur, dan aspek pengisian kepada pelajar dan semoga perubahan ini dapat diteruskan dimasa akan datang" antara ucapan perasmi pada hari ini.

Majlis dimulakan dengan bacaan doa oleh Ustaz Mohsen Shaaban, penyampaian anugerah bagi semua tingkatan, anugerah cemerlang PT3, anugerah cemerlang SMA dan anugerah guru-guru yang cemerlang pada peringkat PT3 dan SMA.
Sehubungan dengan itu, adalah diharapkan dengan wujudnya penganugerahan ini maka akan menjadi satu pemangkin baru kepada pelajar untuk terus berusaha dan berjaya. Ia juga mendorong semua pelajar untuk cemerlang bukan sahaja dalam bidang akademik tetapi juga terus melibatkan diri dan mengambil bahagian dalam segala aktiviti yang dianjurkan oleh pihak sekolah. Pengiktirafan Kecemerlangan ini juga akan menjadi satu pengiktirafan kecemerlangan yang jitu, mantap dan adil kerana dinilai daripada semua aspek kecemerlangan.

0 komen