Sekolah Menengah Agama Pelangai

28740 Bentong, Pahang Darul Makmur

AMANAT PENGETUA

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ

Dengan menyebut nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Pengasihani

Assalamualaikum w.b.t dan salam sejahtera.

        Sebagai pembuka kata, saya ingin memanjatkan kesyukuran ke hadrat Ilahi kerana diberi ruang dan kesempatan berharga ini. Syabas kepada Ahli Jawatankuasa Laman Web SMA Pelangai kerana mampu merealisasikan laman web rasmi sekolah. Ucapan terima kasih dan tahniah yang tidak terhingga atas usaha dan komitmen yang diberikan kepada semua yang terlibat dalam menyiapkan laman web SMA Pelangai. Terima kasih juga kepada PIBG yang menyokong penuh usaha murni ini.

        Kepada semua warga terutama pelajar-pelajar yang dikasihi, mulakanlah tahun ini sebagai tahun untuk mencapai kegemilangan seperti mana yang telah ditekankan dalam Falsafah Pendidikan Negara dan Falsafah Pendidikan Islam. Kepada pelajar-pelajar SMA Pelangai, saya menyeru agar sentiasa mempersiapkan diri dan minda dengan ilmu duniawi dan ukhrawi supaya dapat berhadapan dengan cabaran dunia globalisasi dan seterusnya mampu mencapai wawasan 2020 dengan cemerlang, gemilang dan terbilang.

        Kepada seluruh warga SMA Pelangai, saya berharap agar dapat berkhidmat dan melaksanakan tanggungjawab dengan lebih cekap dan berkesan agar dapat menjana potensi murid ke tahap yang optimum sekaligus memartabatkan SMA Pelangai sebagai institusi pendidikan cemerlang yang mampu melahirkan generasi terbilang minda kelas pertama yang dapat bersaing di persada antarabangsa.

        Akhir bicara, saya amat menaruh harapan yang tinggi agar pelajar-pelajar di sekolah ini mempunyai sahsiah dan akhlak yang mulia. Kesungguhan dan komitmen seluruh warga SMA Pelangai serta ibu bapa sudah tentu dapat melahirkan generasi pelajar yang berilmu, dinamik, progresif dan berdaya saing dalam menghadapi pelbagai aspek kehidupan dan menjadi insan yang kamil. Semoga segala kejayaan yang telah kita capai pada masa ini akan menjadi inspirasi untuk kita pada masa mendatang.

Sekian, terima kasih.

PENTADBIR SEKOLAH

PENGETUA
Tuan Haji Badrul Hisham bin Abdul Aziz

 

GPK PENTADBIRAN DAN KURIKULUM
Puan Zuraihah binti Maskam

Setiausaha Pentadbiran Dan Kurikulum:
Puan Nur Izzati Binti Abdul Rahim @ Abdul Kudus

 

GPK HAL EHWAL PELAJAR
Encik Rosli Bin Talib

Setiausaha Hal Ehwal Pelajar:
Tuan Syed Hamid bin Syed Isa

 

GPK KOKURIKULUM
Puan Nor Asikin Binti Shamsudin

Setiausaha Kokurikulum:
Cik Fairuz Aina binti Fadzil

 

Setiausaha Majlis Mesyuarat Guru:
Puan Nurul Fazlia binti Ramlan

VISI DAN MISI

VISI

Meneraju Institusi Hal Ehwal Islam Berteraskan Pengurusan Rabbani Menjelang 2027

MISI

Melestarikan Pengurusan dan Perkhidmatan Hal Ehwal Islam Yang Berkualiti Melalui Pengetahuan dan Amalan Penghayatan Islam dengan Budaya Kerja yang Efektif serta Efisyen

CARTA ORGANISASI

Carta Organisasi 2021

GURU & KAKITANGAN

Senarai Guru & Kakitangan

SEJARAH SEKOLAH

               Sekolah Menengah Agama Pelangai (SMAP) merupakan sekolah agama dibawah kelolaan kerajaan negeri Pahang. Mula dibuka pada tahun 1963 dengan menggunakan nama ‘Madrasah Addiniah Al Islamiah Pelangai’. Asalnya adalah sekolah agama rakyat dan hanya dibina secara gotong royong diatas tapak asrama sekarang.

               Pada tahun 1968, kerajaan negeri Pahang telah mengambil ali sekolah agama ini bersama-sama SMA Al-Ihsan, Kuantan dan SMA Khairiah, Temerloh. Semenjak itu kurikulum dan matapelajaran yang diajar diselarikan dengan perkembangan sistem pendidikan negara ketika itu.

                Kini, SMAP menggalas tugas bagi menyediakan peluang akademik dan tarbiah islam, suatu pakej yang tidak ada pada sekolah-sekolah menengah kebangsaan. Ia telah menjadi faktor mengapa sekolah ini terus dapat bertahan malahan menjadi sekolah pilihan utama hingga hari ini.