Sekolah Menengah Agama Pelangai

28740 Bentong, Pahang Darul Makmur

Papar Artikel

Penyerahan Sumbangan Kematian

23 Ogos, Rabu - Guru Penolong Kanan Hal Ehwal Murid, Ustaz Rosli telah menyerahkan sumbangan kematian hasil kutipan daripada warga SMAP kepada dua kakitangan sekolah yang telah kematian ahli keluarga.

Ucapan takziah buat keluarga Ustaz Haffiz dan Encik Salim.

"إنّا لله و إنّا إليه راجعون"

Tag: sumbangan kematian

Papar Artikel

Anugerah Kecemerlangan Pendidikan Sekolah Menengah Agama Negeri (SMAN) Pahang

17 Ogos, Selasa - Hari ini diadakan sebuah majlis Anugerah Kecemerlangan Pendidikan Sekolah Menengah Agama Negeri (SMAN) Pahang kali-16 2017 di UMP Gambang.

Seramai 9 orang pelajar SMAP telah ke majlis tersebut untuk menerima hadiah dan cenderamata oleh pihak JAIP. Hadiah dan cenderamata telah disampaikan oleh Exco Dakwah Islamiah dan Tugas-tugas Khas Negeri, Datuk Syed Ibrahim Syed Ahmad, mewakili Menteri Besar, Datuk Seri Adnan Yaakob.

Tahniah kepada para pelajar atas pencapaian tersebut!

Tag: anugerah pendidikan smap buletinsmap

Papar Artikel

Hari Koperasi Negara 2017 Peringkat Negeri Pahang

15 Ogos, Isnin - Sejak Khamis, 11 hb Ogos pihak Suruhanjaya Koperasi Malaysia Pahang mengadakan majlis Sambutan Hari Koperasi Negara 2017 Peringkat Negeri Pahang di Dataran Simpang Pelangai, Bentong.

Majlis yang berlangsung selama 4 hari 3 malam ini sememangnya meriah dengan pelbagai aktiviti menarik antaranya pameran-pameran produk koperasi Pahang, jualan makanan, pakaian dan bermacam lagi.

Warga SMAP turut terlibat secara langsung kali ini sebagai peserta dalam majlis bacaan yasin dan tahlil...

Tag: hari KOPERASI negara buletinsmap