Sekolah Menengah Agama Pelangai

28740 Bentong, Pahang Darul Makmur

Papar Artikel

Selamat Hari Kebangsaan 2018!

30 Ogos,Khamis - Hari Kebangsaan bakal menjelma esok! SMAP tidak mahu ketinggalan untuk meraikannya. Satu sambutan Hari Kebangsaan diadakan bagi memperingati jasa pejuang negara yang terdiri daripada Ulama dan pejuang Melayu.

SMAP menjemput Ustaz Abdul Rahim@Kudus dan Encik Johan, dua orang lama yang disegani masyarakat Simpang Pelangai ini untuk berkongsi kisah pahit maung masyarakat pra dan pasca kemerdekaan.

Sebuah majlis solat hajat beserta tahlil untuk para syuhada dan pejuang kemerdekaan...

Tag: selamat hari kebangsaan buletinsmap

Papar Artikel

Pendidikan Seksual & Jenayah

3 ogos, Jumaat - Badan Dakwah & Qudwah (DAQU) SMAP dengan kerjasama Unit HEM telah mengadakan program Pendidikan Seksual & Jenayah bagi memberi pendedahan kepada pelajar mengenai masalah social yang semakin meruncing sehari demi sehari.

Program  turut mendapat kerjasama daripada Pihak IPD Bentong khususnya bahagian Jabatan Siasatan Jenayah iaitu Inspektor Amri dan Koperal Azila sebagai penceramah. Semoga pelajar mendapat manfaat daripada program yang telah dijalankan.

Tag: CERAMAH pendidikan seksual jenayah

Papar Artikel

Selamat Hari Guru!

16 Mei,  - Saban tahun pada tanggal 16 Mei merupakan Hari Guru Malaysia. Warga SMAP tidak terlepas mengadakan sambutan tersebut. Pelbagai aktivti diadakan untuk meraikan hari guru antaranya acara sukaneka dan persembahan.

Walaupun sambutan diadakan secara sederhana kerana di musim peperiksaan namun tetap tidak mematahkan semangat para pelajar untuk meraikan sert amengucapkan terima kasih buat para guru.

SELAMAT HARI GURU !

Tag: selamat hari guru buletinsmap