Kem Ibadah 2018
28 April, Sabtu – Badan Dakwah & Qudwah (DAQU) SMAP telah menganjurkan program Kem Ibadah 2018. Kem ini diadakan bertujuan untuk membantu pelajar Tingkatan 1 & 2 memperbaiki kualiti ibadah solat dan bacaan Al-Quran khususnya.
Namun, terdapat juga aktiviti team building serta LDK bagi memotivasikan pelajar. Menariknya kem ini dikendalikan sepenuhnya oleh Badan Pengawas, Naqib dan Naqibah. Tahniah kepada DAQU SMAP kerana berjaya melaksanakan program ini.
Semoga kem ini dapat melahirkan sifat kepimpinan dalam diri pelajar, seterusnya melatih menjadi Muslim sejati lagi MUSLEH. Amin.