Pendidikan Seksual & Jenayah
3 ogos, Jumaat - Badan Dakwah & Qudwah (DAQU) SMAP dengan kerjasama Unit HEM telah mengadakan program Pendidikan Seksual & Jenayah bagi memberi pendedahan kepada pelajar mengenai masalah social yang semakin meruncing sehari demi sehari.
Program turut mendapat kerjasama daripada Pihak IPD Bentong khususnya bahagian Jabatan Siasatan Jenayah iaitu Inspektor Amri dan Koperal Azila sebagai penceramah. Semoga pelajar mendapat manfaat daripada program yang telah dijalankan.