Sekolah Menengah Agama Pelangai

28740 Bentong, Pahang Darul Makmur

Papar Artikel

Keputusan Sijil Menengah Agama Tahun 2016

29 Disember 2016, Khamis - Keputusan Sijil Menengah Agama diumumkan pada hari ini dan keputusan tahun ini agak memberangsangkan. Lima orang calon telah berjaya mendapat keputusan Mumtaz Sofi dan tiga belas orang mendapat keputusan Mumtaz. Tahniah kepada semua calon yang cemerlang.
MUMTAZ SOFI
1. Humaira' Rosli
2. Nurin Jazlina Zailani
3. Siti Norjamila Osman
4. Siti Rohayu Samad
5. Mohamad Nabil Imran Salim

Tag: smap keputusan sijil menengah agama SMA buletinsmap

Papar Artikel

Pendaftaran Pelajar Tingkatan 1 Sesi 2017

22 Disember 2016, Khamis - Tahniah dan "Ahlan Wasahlan" buat semua pelajar tingkatan 1 yang mendaftar di SMA Pelangai. Dari 191 yang hadir temu uji hanya 125 orang yang berjaya dan menerima surat tawaran. Seramai 111 orang telah hadir pada hari pendaftaran, 52 orang lelaki dan 59 orang perempuan

    Aturcara bermula dengan pendaftaran nama secara online pada jam 8.30 pagi. Guru bertugas ialah Cikgu Sariah dan Cikgu Zakhairi.Ibu bapa kemudiannya melakukan pendaftaran kelas mengikut...

Tag: Pendaftaran pelajar tingkatan 1

Papar Artikel

Lawatan Badan Dakwah Dan Qudwah ke Universiti Malaya

6 Dis 2016, Selasa- Alhamdulillah telah selesai lawatan Badan Dakwah Dan Qudwah SMA Pelangai ke Universiti Malaya. Seramai  20 orang pelajar Badan Dakwah Dan Qudwah telah mengikuti lawatan ini yang berlangsung selama 3 hari di Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya.

Sepanjang 3 hari ini pelbagai perkongsian yang telah diperolehi berkenaan kehidupan sebagai mahasiswa universiti serta input-input bertemakan dakwah dan ciri sebagai daie. Dr Alihanafiah berkata"Dakwah ialah satu kewajipan...

Tag: lawatan BADAR Universiti Malaya DAQU badan dakwah dakwah smap buletinsmap

Papar Artikel

Kursus Pengurusan Jenazah 2016

15 Nov 2016, Selasa – Kali ini badan Dakwah &  Qudwah SMAP telah menganjurkan kursus pengurusan jenazah khusus buat pelajar SMAP. Pihak sekolah telah menjemput pihak Masjid Sultan Ahmad Shah Simpang Pelangai bagi memberi tunjuk ajar tentang pengurusan jenazah. Diharap kursus ini dapat memberi pendedahan kepada semua pelajar tentang pengurusan jenaazah.Mari kita tinjau gambar sekitar program berlangsung. 

Tag: Kursus Pengurusan Jenazah 2016 smap buletinsmap