Israk Mikraj 1438 Hijrah -Ibrah Perjanjian Kita Tentang Solat

17 April, Isnin- Badan Dakwah dan Qudwah telah menganjurkan sambutan Israk Mikraj bagi tahun 2017. Acara tahunan ini diadakan bagi memupuk nilai-nilai murni dan mendidik semua warga SMAP  dalam menjalani kehidupan ini. "Ibrah, Perjanjian Kita Tentang Solat" itulah tema yang dipilih pada tahun ini. Pihak penganjur telah menjemput Al-Fadhil Ustaz Syed Nael bin Tohir untuk menyampaikan ceramah berkaitan Israk Mikraj. Beliau adalah merupakan tenaga pengajar di Darul Murtadza Kuala Lumpur.
    Antara yang ditekankan adalah, pentingnya bagi kita untuk menjaga solat, bermula dari seawal usia hinggalah keakhir hayat. Begitu banyak ibrah yang dapat diambil dari peristiwa agung yang berlaku kepada junjungan mulia Nabi Muhammad SAW. Diharap program seperti ini dapat menyuburkan lagi budaya ilmu dan penghayatan kepada sirah junjungan besar nabi kita.


                                    سبحن الذي اسرى بعبده ليلا من المسجد الأقصا الذى باركنا حوله لنريه من ءاياتنا انه هو السميع البصير

 “Maha Suci Allah, yang telah memperjalankan hambaNya pada suatu malam dari Masjidil Haram ke Masjidil Aqsa yang telah Kami berkahi sekelilingnya agar Kami perlihatkan kepadanya sebahagian dari tanda-tanda (kebesaran) Kami. Sesungguhnya Dia adalah Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui.”Surah al Isra':1 

Tag: smap israk mikraj