Sekolah Menengah Agama Pelangai

28740 Bentong, Pahang Darul Makmur

Papar Artikel

Temuji Tingkatan 1 2019

6 Oktober, Sabtu - Hari TEMUJI telah tiba! Saban tahun SMAP akan membuta sesi temuduga untuk bakal pelajar Tingkatan 1 Tahun 2019. Mereka yang telah pun mendaftar sejak 15 August 2018 telah dipanggil untuk menghadiri Temuji kali ini.

Alhamdulillah, sambutan kali ini sangat meriah! Dilaporkan seramai 134 orang pelajar telah menghadiri sesi ini dan di doakan agar keseluruhan mereka berjaya melepasi temuduga ini. Amin!

Tag: temuji temuduga tingkatan 1

Papar Artikel

Solat Hajat Perdana 2018

28 September, Jumaat - Solat Hajat Perdana 2018 telah diadakan bagi mengumpulkan guru, para ibubapa dan pelajar PT3, SMA dan SPM. Dalam pertemuan ini juga para ibubapa bertemu dengan guru untuk bertanyakan prestasi anak-anak mereka khususnya yang bakal menghadapi peperiksaan PT3, SMA dan SPM.

Selamat Maju Jaya Pelajar PT3, SMA dan SPM!

Tag: solat hajat perdana

Papar Artikel

Majlis Restu Ilmu PT3

27 September, Khamis - Hari ini diadakan Majlis Restu Ilmu PT3. Majlis ini bertujuan memberikan semangat kepada para pelajar yang menghadapi peperiksaan PT3 minggu hadapan bermula 1 Oktober.

Kami para guru dan warga SMAP sentiasa mendoakan kecemerlangan para pelajar PT3! Selamat Maju Jaya!

Tag: majlis restu ilmu pt3