Sekolah Menengah Agama Pelangai

28740 Bentong, Pahang Darul Makmur

Papar Artikel

Majlis Tilawah A-Quran (MTQ) 2018 Bentong

7 Mac, Rabu – Enam orang pelajar SMAP telah dipilih untuk menyertai Majlis Tilawah Al-Quran (MTQ) 2018 peringkat daerah yang berlangsung di SMK Kg Sertik, Bentong. Alhamdulillah, peserta Syarahan, Buqhary Hezmil 4F telah mendapat Johan kategori tersebut manakala seorang lagi peserta, Nur Syamimi Mutalib 3N mendapat tempat ke-3 kategori Tilawah Al-Quran. Tahniah!


Tag: MTQ tilawah quran sertik

Papar Artikel

Program Belia Pahang 2018

3 Mac, Sabtu – Beberapa pelajar SMAP telah menyertai Program Belia Pahang anjuran JAIP di Felda Kemasul. Seramai 3 orang guru pengiring beserta 10 orang pelajar terlibat dalam pertandingan Tazkirah dan Bacaan Talkin.

Alhamdulillah, pelajar SMAP di tabalkan menjadi johan untuk kedua-dua kategori. Tahniah di ucapkan.

Tag: JAIP bila pahang smap buletinsmap

Papar Artikel

Ceramah Ustaz TIDO

1 Mac, Khamis - Unit Kaunseling SMAP telah menyediakan satu program motivasi pelajar dengan kerjasama Ust Khailil Razak atau lebih dikenali dengan Ustaz TIDO. Beliau selaku penceramah telah bersama pelajar SMAP selama hampir 8 jam untuk berkongsi kisah bermanfaat, memberi nasihat dan tips yang berguna.

Kelihatan pelajar sangat teruja dengan kehadiran beliau pada hari tersebut. Tambahan gaya percakapan beliau yang santai tetapi sampai membuatkan pelajar sangat tekun mendengar dan mengikuti...

Tag: motivasi buletinsmap ustaz tido

Papar Artikel

Majlis Ikhtifal 2017

14 Feb, Rabu - Saban tahun Majlis Ikhtifal akan diadakan untuk meraikan warga SMAP yang cemerlang pada tahun sebelumnya. Bagi Majlis Ikhtifal 2017 kali ini, hampir 100 penerima hadiah kecemerlangan yang terdiri daripada pelajar dan guru.

Majlis Ikhtifal kali ini dirasmikan oleh Dato' Amizar Abu Adam, Pengerusi Biro Ekonomi & Keusahawanan Kami Anak Felda (KAF). 

Semoga majlis ini dapat membakar semangat penerima hadiah untuk terus cemerlang , juga sebagai  insprasi kepada yang lain...

Tag: buletinsmap majlis ikhtifal