Sekolah Menengah Agama Chenor

28100 Chenor, Maran, Pahang

Usrah Perdana

3 Nov.   Sudah menjadi program tetap di pagi Jumaat SMA Chenor akan mengadakan usrah di tapak perhimpunan dengan penyertaan semua pelajar.
 
Pada pagi Jumaat ini, usrah ini dikendalikan sendiri oleh Guru Penolong Kanan (HEP) Ustaz Mokhtarudin Mohamed. Program usrah kali ini diadakan di dewan asrama Puteri. 
 
Dalam ucapannya, Ustaz Mokhtar mengingatkan pelajar tentang kepentingan menjaga tuntutan syara’ khasnya di kalangan pelajar-pelajar sekolah aliran agama. Ustaz Mokhtar juga menasihati para pelajar supaya menghindari tabiat-tabiat buruk supaya kebaikan-kebaikan yang dicari menjadi dekat dan mudah diamalkan.  

Tag: Usrah

0 komen

Sila berikan komen anda di sini