Sekolah Menengah Agama Chenor

28100 Chenor, Maran, Pahang

KASPA Daki Bukit Kertau

1 Nov. Kadet sekolah pertahanan awam (KASPA) Sek Men Agama Chenor menyertai Program Rekreasi Pendakian Bukit Kertau peringkat Daerah Maran kali ke-2. Program yang bermula jam 8.00 pagi ini disertai oleh kadet-kadet daripada sembilan sekolah daerah Maran. 
 
Peserta SMA Chenor terdiri daripada empat pelajar lelaki dan empat pelajar perempuan dan diiringi oleh dua orang guru penasihat, En. Wajdi Zulkifli dan Puan Alia Fatiha Zulkifli.
 
Peserta-peserta diberi taklimat keselamatan dan kecergasan sebelum dibawa mendaki Bukit Kertau dengan ketinggian 266 meter. 
 
Peserta-peserta kemudian berhimpun di Dataran Indera Pahlawan, Chenor, untuk mendengar taklimat menghadapi bencana daripada anggota APM Chenor. 
 
Program berakhir pada jam 12.00 tengahari.

Tag: kaspa

0 komen

Sila berikan komen anda di sini