Sekolah Menengah Agama Chenor

28100 Chenor, Maran, Pahang

Tahniah

Dua orang guru SMA Chenor, Ustaz Mohd Dhiya bin Jamaludin dan Ustaz Muhammad Izzat bin Halim berjaya menamatkan dengan jayanya kursus Diploma Pendidikan lepas Ijazah (DPLI).
 
Mereka berdua antara seramai 5,725 graduan yang menamatkan pengajian serta latihan perguruan di 27 kampus IPG dan English Language Teaching Centre diraikan dalam Majlis Istiadat Konvokesyen Institut Pendidikan Guru (IPG) Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) kali ke-13 pada 22 Oktober 2023.
 
Kedua-dua mereka mula berkhidmat di SMA Chenor pada 2022.

Tag: DPLI

0 komen

Sila berikan komen anda di sini