Pendaftaran Pelajar Baru Tingkatan 1 Tahun 2026
Berdasarkan analisis data yang diterima, Sekolah Menengah Agama Chenor (SMAC) telah mencatatkan jumlah tawaran seramai 131 orang calon bagi kemasukan Tingkatan 1 sesi 2026. Daripada jumlah tersebut, seramai 91 orang calon telah hadir, melibatkan 32 orang pelajar lelaki dan 59 orang pelajar perempuan. Manakala 40 orang calon tidak hadir pada hari yang ditetapkan.
Dari sudut penempatan asrama, masih terdapat kekosongan seramai 15 tempat, iaitu 5 tempat bagi pelajar lelaki dan 10 tempat bagi...
