Sekolah Menengah Agama Pelangai

28740 Bentong, Pahang Darul Makmur

Papar Artikel

Majlis Perasmian Penutupan Program Rruh Al-Quran 2021

11 April, Ahad -  Selama 3 hari 2 malam, program Rruh Al- Quran berlangsung di SMAP. Program ini bertujuan memberi pendedahan kepada pelajar Tingkatan 1 & 2 terhadap teknik serta kaedah untuk memudahkan khatam al-quran dan menghafaz ayat-ayat quran.

Program ini telah dianjurkan oleh Jabatan Agama Islam Pahang & Guru-guru Tahfiz SMAP dibawah seliaan Ustaz Shahnoor. Program ini turut menampilkan Ustaz Hisham yang juga merupakan Al-hafiz yang berkongsi mengenai kaedah yang terbaik...

Tag: perasmian penutupan rruh roh alquran quran

Papar Artikel

Majlis Pelancaran 4K 2021

9 April, Jumaat - Tidak seperti tahun sudah. Majlis Pelancaran 4K tahun ini diselitkan dalam program besar iaitu Majlis Pelancaran Ihya' Ramadan 1442H.

SMAP telah melancarkan Program 4K peringkat sekolah yang dinamakan sebagai GERAK 4K. Ini adalah penjenamaan khusu untuk menjadikan setiap unit dalam 4K bergerak aktif dengan program masing-masing. Antara yang telah berlansung adalah Pertandingan Gerak Bersih & Ceria peringkat kelas. Pertandingan belum lagi bermula namun, guru-guru kelas...

Tag: pelancaran program 4k gerak 4K

Papar Artikel

Majlis Pelancaran Ihya Ramadan 1442H/2021

9 April, Jumaat - Jabatan Agama Islam Pahang telah menganjurkan Majlis Pelancaran Ihya Ramadan di setiap komponen jabatan terutamanya Bahagian Pendidikan JAIP. Kali ini, majlis diadakan secara langsung dan serentak di kesemua 18 buah Sekolah Menengah Agama Negeri Pahang.
 
Kami bertuah kerana dipilih menjadi lokasi tumpuan kerana majlis utama berlangsung dari SMAP. Ini merupakan majlis yang begitu gah memandangkan bakal dirasmikan oleh Pengarah Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP) dan...

Tag: majlis pelancaran ihya' ramahan 2021 1442H

Papar Artikel

Kembara Virtual : Travelog Isra' Mikraj

11 Mac, Khamis - Sambutan Isra' Mikraj pada tahun ini berbeza dari tahun sebelumnya. Kali ini SMAP bawakan secara langsung dari Facebook Page SMAP. Ceramah ini disampaikan oleh Dr Yunus, merupakan guru Bahasa Arab yang berasal dari Burkina Faso.

Biarpun disampaikan dalam Bahasa Arab, namun anggaran penonton siaran tersebut adalah seramai 900 orang. Dr Yunus menyampaikan ceramah mengenari peristiwa Isra' Mikraj & teladan yang boleh kita pelajari daripada peristiwa tersebut. Sebagai...

Tag: CERAMAH kembara virtual israk isra' mikraj