Majlis Perasmian Penutupan Program Rruh Al-Quran 2021
11 April, Ahad - Selama 3 hari 2 malam, program Rruh Al- Quran berlangsung di SMAP. Program ini bertujuan memberi pendedahan kepada pelajar Tingkatan 1 & 2 terhadap teknik serta kaedah untuk memudahkan khatam al-quran dan menghafaz ayat-ayat quran.
Program ini telah dianjurkan oleh Jabatan Agama Islam Pahang & Guru-guru Tahfiz SMAP dibawah seliaan Ustaz Shahnoor. Program ini turut menampilkan Ustaz Hisham yang juga merupakan Al-hafiz yang berkongsi mengenai kaedah yang terbaik untuk menghafaz al Quran.
Majlis Perasmian Penutupan yang berlangsung pada Ahad turut diserikan dengan persembahan Ujian Tasmik oleh Adik Alif Najmi 2 Firdaus & Adik Aisyah 9 tahun. Majlis ini dirasmikan oleh Ahli Mesyuarat Majlis Pebandaran Bentong, En Khairul Anuar bin Ahmad.
Semoga program ini terus menyuburkan rasa cinta terhadap al Quran & menjadikan pelajar SMAP terus cemerlang pada masa akan datang!