Sekolah Menengah Agama Pelangai

28740 Bentong, Pahang Darul Makmur

Tag: "buletinsmap"

Papar Artikel

Ceramah Pergigian

4 Oktober, Rabu - Klinik Pergigian Simpang Pelangai dengan kerjasama Unit Kesihatan Sekolah mengadakan suatu ceramah berkaitan penjagaan gigi bertempat di surau Al Baraqah.
                        
Ceramah yang di sampaikan oleh Dr Nurul Iman yang dibantu oleh En Saiful dan Pn Lalita menekankan tentang penjagaan mulut khususnya gigi dan gusi. Ceramah ini diadakan rentetan dari pertambahan bilangan pelajar yang menerima rawatan...

Tag: klinik gigi ceramah gigi buletinsmap

Papar Artikel

Hari Komuniti Pusat Jalur Lebar

9 September, Sabtu - Sekali lagi pihak SMAP di jemput mengikuti program Hari Komuniti Pusat Jalur Lebar Simpang Pelangai.

Program yang melibatkan pelajar Tingkatan 1 & 2 ini menyediakan pelbagai aktiviti menarik khususnya berkaitan perkhidmatan Pusat Jalur Lebar antaranya kemudahan internet, fotostat, printing dan pelbagai lagi.

Penglibatan aktif pelajar pada hujung minggu ini berhasil apabila terdapat dikalangan mereka menerima hadiah. 

TAHNIAH dan terima kasih Pusat Jalur Lebar !

Tag: Hari komuniti pusat jalur lebar smap buletinsmap

Papar Artikel

Anugerah Kecemerlangan Pendidikan Sekolah Menengah Agama Negeri (SMAN) Pahang

17 Ogos, Selasa - Hari ini diadakan sebuah majlis Anugerah Kecemerlangan Pendidikan Sekolah Menengah Agama Negeri (SMAN) Pahang kali-16 2017 di UMP Gambang.

Seramai 9 orang pelajar SMAP telah ke majlis tersebut untuk menerima hadiah dan cenderamata oleh pihak JAIP. Hadiah dan cenderamata telah disampaikan oleh Exco Dakwah Islamiah dan Tugas-tugas Khas Negeri, Datuk Syed Ibrahim Syed Ahmad, mewakili Menteri Besar, Datuk Seri Adnan Yaakob.

Tahniah kepada para pelajar atas pencapaian tersebut!

Tag: anugerah pendidikan smap buletinsmap