Sekolah Menengah Agama Al Wosto

Berilmu, Beramal, Bertaqwa

Pelancaran Ihya’ Ramadhan

9 April 2021, SMA Al Wosto

 .. بسم الله الرحمن الرحيم

 
Sebagai menyambut bulan Ramadhan yang mulia, SMA Al Wosto telah menyertai program Ihya’ Ramadhan anjuran Jabatan Agama Islam Pahang.  Majlis ini telah dibuat di SMA Pelangai, Bentong dan disiarkan secara langsung ke seluruh sekolah menengah agama negeri Pahang.  Perasmian majlis ini telah disampaikan melalui telesidang oleh YH. Dato’ Dr. Haji Zulkiflie bin Haji Ali Al-Hafiz, Pengarah Jabatan Agama Islam Pahang dan seterusnya perjalanan program diteruskan diperingkat sekolah.
 
Ramadhan adalah bulan yang penuh kemuliaan dan dijanjikan pahala yang berlipat kali ganda kepada seluruh umat Islam.  Oleh itu, pihak sekolah telah merangka pelbagai aktiviti untuk staf dan pelajar.  Antaranya program Tadarus Al Quran, Solat Hajat, Solat Dhuha, Tazkirah, Majls Khatam Al Quran, Program Infaq Ramadhan, Sambutan Nuzul Quran, Solat Terawih dan Majlis Iftar Ramadhan.
 
Dalam masa pandemik ini, pihak sekolah sedaya upaya untuk menguruskan segala program yang dirancang berdasarkan Prosedur Operasi Standard (SOP) yang telah ditetapkan oleh kerajaan.
 
“Semoga kita bersama dapat memutuskan rantaian Covid-19 yang sedang melanda negara dan dunia
 

 *artikel ini beserta foto dan video di ruangan galeri  :)
 
https://youtu.be/jliRCyNfSzc

Tag: ihya

0 komen

Sila berikan komen anda di sini