Sekolah Menengah Agama Al Wosto

Berilmu, Beramal, Bertaqwa

MAJLIS PERPISAHAN

    
      Majlis Persaraan Cikgu Sulaiman Azari bin A. Razak telah diadakan khusus sempena meraikan persaraan Cikgu Sulaiman di sekolah ini sebagai guru dan pendidik.  Majlis ini telah diadakan bagi mengenang segala jasa dan keringat beliau yang tanpa berasa penat dan jemu selama lebih 
kurang 37 tahun berkhidmat di sebagai pendidik.  
 
      Majlis Persaraan ini telah diadakan di Dewan Besar Al Hassan pada 19 September 2016 yang turut sama dihadiri oleh Tuan Pengetua, Puan Siti Meriam binti Mohamad, Guru-guru Penolong Kanan, Guru-guru Penolong, kakitangan dan para pelajar sekolah.
 
      Cikgu Sulaiman telah dilahirkan 60 tahun lalu iaitu pada 20 September 1956 di  Kampung Paya Luas, Temerlohdan mendapat pendidikan menengah diSekolah Menengah Abu Bakar, Temerloh, Pahang Darul Makmur.  Akibat kecintaannya dalam bidang pendidikan, Cikgu Sulaiman telah meneruskan pengajian perguruannya di Maktab Perguruan Sultan Idris (1977-1978) . Seterusnya Cikgu Sulaiman telah meneruskan kecemerlangan beliau dalam bidang akademik telah membawanya ke menara gading di Universiti Putra Malaysia, Bachelor PBMP (Pengajaran Bahasa Melayu Sebagai Bahasa Pertama) (1996 – 1999) dan melanjutkan pengajiannya dalam bidang Master Sastera (M.A) di Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi di universiti yang sama (2001 – 2003)
 
      Selain itu, majlis tersebut juga diadakan untuk meraikan pertukaran 2 orang staff yang banyak berjasa kepada sekolah iaitu Cikgu Ahmad Nizar bin Kamarudin yang bertukar ke SMK Hwa Lian Mentakab dan Puan Norhasliza binti Abdullah yang bertukar ke Pejabat JKR Temerloh.

      Seluruh warga SMA Al Wosto ingin merakamkan jutaan terima kasih yang tidak terhingga atas segala jasa yang telah dicurahkan untuk membangunkan modal insan di sekolah ini. 

Tag: wosto perpisahan sulaiman

0 komen

Sila berikan komen anda di sini