Sekolah Menengah Agama Al Wosto

Berilmu, Beramal, Bertaqwa

PERLANTIKAN PENGAWAS

6 Febuari, SMA Al Wosto
"Bersama Membimbing"

Satu majlis telah diadakan di Dewan Utama Al Hasan yang melibatkan semua guru dan pelajar untuk majlis pentauliahan Pengawas 2018.  Majlis ini telah dirasmikan oleh Tuan Inspektor Mohamad Asfiani bin Ramdani (Pegawai Perhubungan Sekolah) dari Balai Polis daerah Temerloh.

Seramai 177 orang pelajar telah terlibat dalam pentauliahan ini.  Mereka terdiri daripada 58 orang Pengawas Sekolah, 32 orang Pengawas Pusat Sumber, 34 orang Ketua dan Penolong Kelas, 27 orang Pengawas SPBT dan 26 orang Exco Asrama.  Perlantikan ini diharap dapat membantu melicinkan lagi pentadbiran sekolah dari segala aspek.

Pihak sekolah ingin merakamkan jutaan terima kasih kepada Tuan Inspektor Mohamad Asfiani bin Ramdani kerana sudi meluangkan masa merasmikan majlis perlantikan ini.

Dan kepada pelajar yang telah dilantik, semoga dapat menjalankan tugas dengan amanah dan dedikasi.

Tahniah! 

*Artikel ini turut beserta foto di ruangan galeri
~admin~

Tag: pengawas

0 komen

Sila berikan komen anda di sini