Sekolah Menengah Agama Al Wosto

Berilmu, Beramal, Bertaqwa

PROGRAM SULUH BUDI, 4K & 5S

14 Febuari, SMA Al Wosto
 "Berilmu, Beramal, Bertaqwa"

Warga Al Wosto, sekali lagi dikunjungi oleh tetamu kehormat, dan kali ini oleh Al Fadhil Qadhi Encik Abdul Aziz bin Abdul Karim, AAP, AMP., Kadi Daerah Temerloh.  Al Fadhil Tuan Qadhi telah melapangkan masanya demi untuk melancarkan Program 4K dan 5S beserta merasmikan Program Suluh Budi anjuran pihak sekolah.

Majlis telah bermula kira-kira jam 10.30 pagi apabila para guru, ibu bapa serta pelajar mengambil tempat sementara menantikan ketibaan tetamu kehormat.  Ketibaan Al Fadhil Tuan Qadhi kira-kira jam 11 pagi telah dimulai dengan bacaan doa, diiringi dengan alunan ayat-ayat suci Al Quran, ucapan Puan Pengetua serta ucapan Al Fadhil Tuan Qadhi.     

Maklumat berakhir dengan jamuan makan tengahari pada jam 1.30 tengahari dan pengiringan kepulangan tetamu kehormat.


~admin~
*Artikel ini beserta foto dan video diruangan galeri. 

Tag: suluh budi 4k

0 komen

Sila berikan komen anda di sini