Sekolah Menengah Agama Al Wosto

Berilmu, Beramal, Bertaqwa

MAJLIS PENYAMPAIAN BIASISWA

19 Mei 2019 (Ahad)

Kira-kira jam 2.30 petang bertempat di Dewan Tun Razak, Temerloh telah diadakan Majlis  Penyampaian  Biasiswa Sekolah Menengah Negeri Pahang oleh YB. Dato' Sri Haji Mohd.Sharkar Bin Haji Shamsudin, SSAP., SIMP., DSAP., DIMP.

Majlis bermula kira-kira jam 2 petang dan berakhir pada jam 4 petang. Seramai kira-kira 400 lebih pelajar yang hadir dari seluruh sekolah daerah Temerloh dan dari SMA Al Wosto kira-kira 83 orang yang terdiri daripada tingkatan 2 hingga 5.

Amatlah diharapkan agar para penerima wang biasiswa itu dapat menggunakan wang tersebut dengan sebaik mungkin untuk kemudahan persekolahan mereka. 

~admin~
*Artikel diterbitkan pada 20 Mei jam 2.00 petang. 

Tag: biasiswa

0 komen

Sila berikan komen anda di sini