Laman Web Rasmi Sekolah Menengah Agama Negeri Pahang

(Diselia Oleh: Bahagian Pendidikan, Jabatan Agama Islam Negeri Pahang JAIP)

Papar Artikel

LAWATAN KERJA PENGARAH JAIP KE SMA DONG DAN BATU TALAM

Raub , Pengarah JAIP YH. Dato' Syed Ahmad Fuad bin Syed Taha telah membuat lawatan rasmi ke SMA Al-Falah Batu Talam dan SMA Al-Ulum Addiniah Dong Raub pada 24 Julai 2019.
    Sepanjang tempoh lawatan ini, YH Dato'  Pengarah mengadakan program ramah mesra bersama guru-guru dan kakitangan di kedua-dua buah sekolah. Di samping itu, beliau turut merasmikan program Tahfiz Al-Quran 2.0 di SMA Al-Falah Batu Talam serta sudi menyampaikan sijil halal kepada pengusaha dewan makan asrama...

Tag: Lawatan kerja

Papar Artikel

PAHANG MUNCUL NAIB JUARA KESELURUHAN KESSUMA KE-20

Pasukan Pahang muncul naib juara keseluruhan Kejohanan Sukan Sekolah-sekolah Menengah Agama Malaysia kali ke-20 yang berakhir pada 19 Julai yang lalu di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM). Kontijen Pahang berjaya membawa pulang 2 pingat Emas, 1 Perak dan 3 Gangsa.
  Kedua-dua pingat emas ini disumbangkan oleh pasukan badminton lelaki dan perempuan. Manakala pingat Perak melalui acara bola tampar lelaki. Tiga pingat gangsa pula diperolehi melalui pasukan ping pong wanita, bola jaring dan...

Tag: PAHANG NAIB JUARA KESELURUHAN KESSUMA 2019

Papar Artikel

BOWLING PEGAWAI GONDOL EMAS

Pasukan Bowling Lelaki JAIP berjaya memenangi pingat Emas bagi acara bowling pegawai sempena kejohanan Sukan Sekolah-sekolah Menengah Agama Malaysia (KESSUMA) kali ke-20 baru-baru ini. Perlawanan bowling telah dilangsungkan di Bangi Gateway Mall.
   Pasukan boling JAIP dianggotai oleh Ust Mohammad bin Abdul Rahman, En. Mazfadillah bin Mat Dewa, En Zol Hadi bin Abdul Kadir dan En. Norhisham bin Dzulkafeli. Pasukan Kedah berjaya memenangi pingat Perak manakala pingat Gangsa menjadi...

Tag: EMAS BOWLING

Papar Artikel

BOLA JARING SUMBANG PINGAT PERTAMA PAHANG

Pasukan Bola Jaring merupakan pasukan pertama yang berjaya menyumbangkan pingat gangsa buat kontijen Pahang di KESSUMA 2019. Perlawanan yang berlangsung di Arena UNITEN Bangi menyaksikan Pahang tewan di peringkat separuh akhir kepada pasukan Kedah sekaligus gagal layak ke perlawanan akhir. 
   Bagi acara bola jaring ini Kedah muncul juara dengan memenagi pingat Emas. Manakala pingat Perak dimenangi oleh pasukan Perak dan Pahang berjaya memenangi gangsa bersama Negeri sembilan.

Tag: BOLA JARING MENANG GANGSA