Laman Web Rasmi Sekolah Menengah Agama Negeri Pahang

(Diselia Oleh: Bahagian Pendidikan, Jabatan Agama Islam Negeri Pahang JAIP)

SALAM MAAL HIJRAH 1443H

Seluruh warga JAIP mengucapkan selamat menyambut tahun baru hijrah 1443H. Semoga dengan ketibaan tahun baru hijrah ini, kita sama-sama dapat berubah ke arah kehidupan yang lebih baik beserta azam yang baru. Sama-sama memperbaiki kesilapan dan kekhilafan yang lalu supaya kehidupan kita diberkati Allah SWT. 
    Musibah Covid-19 yang melanda seluruh dunia merupakan ujian dan bala dari Allah kerana terlalu banyak dosa dan kemaksiatan berlaku atas muka bumi ini. Satu teguran dari Allah SWT agar kita tidak terus leka dibuai mimpi indah dengan keseronokan duniawi yang bersifat sementara sehingga lupa tugas dan tanggungjawab kita sebagai khalifah Allah. Justeru itu, marilah sama-sama kita bermuhasabah diri dan kembali mendekatkan diri kepada Allah SWT agar segera diangkat musibah Covid-19 ini yang telah meragut jutaan nyawa diseluruh dunia.
   Semoga ketibaan tahun hijrah ini membawa sinar baru kepada kita semua. Insyaallah.

Tag: Ma'al Hijrah 1443

0 komen

Sila berikan komen anda di sini