Laman Web Rasmi Sekolah Menengah Agama Negeri Pahang

(Diselia Oleh: Bahagian Pendidikan, Jabatan Agama Islam Negeri Pahang JAIP)

BANTUAN PRIHATIN

Bantuan prihatin kerajaan negeri Pahang kepada pengusaha dewan makan dan kantin SMAN Pahang telah disalurkan. Satu majlis ringkas atas talian telah diadakan pada 5 Ogos 2021. Satu taklimat ringkas mengenai persijilan halal turut diselitkan dalam program ini. Taklimat telah disampaikan oleh Ust Adnan bin Mamat, KPP Bahagian Halal JAIP. Majlis telah dirasmikan oleh YB Dato' Sri Syed Ibrahim bin Syed Ahmad, Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Islam dan Pendidikan Negeri Pahang.
    Turut hadir sama dalam majlis secara maya ini adalah Pengarah JAIP, Timbalan Pengarah JAIP, KPP Pendidikan, Pengetua-pengetua SMAN Pahang dan pengusaha dewan makan dan pekerja kantin sekolah. Semoga dengan bantuan ini dapat meringan beban mereka yang terkesan akibat pendemik Covid-19 ini.

Tag: BANTUAN PRIHATIN

0 komen

Sila berikan komen anda di sini