Laman Web Rasmi Sekolah Menengah Agama Negeri Pahang

(Diselia Oleh: Bahagian Pendidikan, Jabatan Agama Islam Negeri Pahang JAIP)

MODUL JUJ SMA 2017

    Bahagian Pendidikan JAIP akan mengedarkan CD Modul dan Bahan Program Jawab Untuk Jaya (JUJ SMA) bagi tahun 2017 pada 10 Januari 2017. CD Modul dan Bahan JUJ SMA ini diedarkan secara percuma ke semua SMA Kerajaan Pahang (SMAN), SMA Rakyat Pahang (SMAR) dan Sekolah Agama Bantuan Kerajaan (SABK) negeri Pahang yang mengambil peperiksaan Sijil Menengah Agama (SMA).
     Pembinaan Bahan dan Modul JUJ SMA ini telah diadakan pada penghujung tahun 2016 yang lalu. Pentadbiran ini mengharapkan dengan adanya CD Modul dan Bahan ini, dapat membantu proses PdP guru-guru dalam kelas dan membantu calon-calon SMA mencapai keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan Sijil Menengah Agama (SMA) tahun ini. JUJ SMA ini merupakan program kecemerlangan peperiksaan SMA yang telah wujud sejak tahun 1998 dengan kerjasama pihak Yayasan Pahang.
     Pentadbiran ini juga mengharapkan, dengan pengedaran awal bahan dan modul ini, ianya dapat digunakan semaksima mungkin oleh guru-guru serta pelajar dan sejajar dengan penjenamaan semula Jawab Untuk Jaya (JUJ SMA) kepada nama baru Jawab Untuk Mumtaz (JUM SMA).

Tag: CD Modul JUM SMA 2017

1 komen

pencinta ilmu

2017-01-05 09:17:16 UTC

moga anak-anak di sman berjaya dengan cemerlang dunia da akhirat

Sila berikan komen anda di sini