Laman Web Rasmi Sekolah Menengah Agama Negeri Pahang

(Diselia Oleh: Bahagian Pendidikan, Jabatan Agama Islam Negeri Pahang JAIP)

Papar Artikel

SEMBAH TAKZIAH

Dari seluruh warga kerja Bahagian Pendidikan Jabatan Agama Islam Pahang, Guru-guru SMA Kerajaan Pahang serta seluruh kakitangan dan pelajar-pelajar SMA Kerajaan Pahang,

"Merafak sembah takziah kepada KDYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, keluarga, ahli-ahli kerabat diraja dan seluruh rakyat Pahang atas kemangkatan KDYMM Paduka Ayahanda Sultan Haji Ahmad Shah Al Musta'in Billah.

"Semoga roh Almarhum dicucuri rahmat dan ditempatkan di kalangan mereka yang beriman.
"Al-Fatihah."


Tag: Sembah Takziah

Papar Artikel

AUDIT ISO

    Pekan, Bahagian Pendidikan JAIP telah diaudit oleh Ketua Pegawai Audit SIRIM iaitu Pn Hanida binti Ghazali pada 16 Mei 2019. Audit SIRIM ini dilaksanakan sebagai salah satu proses bagi mendapatkan sijil pengiktirafan MS ISO 9001-2015. Unit Naziran, Unit Kurikulum dan Unit Peperiksaan adalah unit yang terlibat dengan audit ISO SIRIM ini.

Tag: MS ISO 9001-2015

Papar Artikel

SALAM RAMADHAN

    Alhamdulillah, dengan izin-Nya  kita telah pun di bulan Ramadhan 1440H pada tahun ini. Apakah perasaan kita pada masa ini dalam menyambut bulan yang mulia? Adakah sangat teruja? Berdebar? Atau biasa- biasa sahaja. Semoga kita semua tergolong dalam golongan yang sangat teruja dengan ketibaan bulan yang mulia ini, InsyaAllah.

    Berbicara mengenai puasa, tentunya kita akan dapat merasai perbezaan antara berpuasa sunat dengan puasa Ramadan. Berpuasa pada bulan...

Tag: Ramadhan Kareem

Papar Artikel

SAMBUTAN HARI GURU SMAN

Bandar Jengka, buat julung-julung kalinya Bahagian Pendidikan JAIP telah mengadakan sambutan hari guru SMAN Pahang diperingkat negeri. Sambutan hari guru SMAN ini telah diadakan di Ma'ahad SAS Jengka pada 30 April 2019.
   Sambutan hari guru ini dihadiri hampir 400 orang guru SMAN dan pegawai dari Bahagian Pendidikan JAIP. Pelbagai acara sukaneka diadakan bagi menambah kemeriahan sambutan. YH Dato Syed Ahmad Fuad bin Syed Taha , Pengarah Jabatan Agama Islam Pahang telah merasmikan...

Tag: HARI GURU SMAN