Laman Web Rasmi Sekolah Menengah Agama Negeri Pahang

(Diselia Oleh: Bahagian Pendidikan, Jabatan Agama Islam Negeri Pahang JAIP)

Papar Artikel

KESSUMA 2019 MEMBUKA TIRAI

Majlis perasmian Kejohanan Sukan Sekolah-sekolah Agama Malaysia (KESSUMA) bagi tahun 2019 membuka tirainya. Kejohanan tahunan ini melibatkan 2,100 pelajar sekolah agama seluruh negara. Kejohanan berlangsung bermula 15-19 Julai 2019. Majlis perasmian telah diadakan di Stadium Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM).

Tag: KESSUMA 2019

Papar Artikel

PERGINYA SEORANG MURABBI

Seluruh warga Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP) dan seluruh warga pendidik serta anak-anak pelajar SMA Kerajaan berasa terkejut dan sedih di atas pemergian seorang sahabat, guru dan pendidik di SMA Kerajaan iaitu Ust Hany Mostafa Kamel Abd El-Nasir. Beliau telah mencurahkan bakti di  bumi Pahang khususnya SMA Kerajaan Pahang hampir 22 tahun semenjak tahun 1997.
    Jenazah akan diterbangkan ke negara Mesir bagi disemadikan ditanah kelahiran beliau. Semoga rohnya ditempatkan...

Tag: Ust Hany Moustafa Kamel Abd El-Nasir

Papar Artikel

HAMPIR 800 CALON SMA MENGIKUTI BENGKEL TAHSIN AL-QURAN

Bahagian Pendidikan JAIP telah menganjurkan Bengkel Tahsin Al-Quran kepada calon-calon Siijil Menengah Agama (SMA) 2019. Bengkel selama 3 hari ini bermula dari 14 sehingga 16 Jun 2019 ini, adalah dengan kerjasama Majlis Ugama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang (MUIP). Bengkel ini melibatkan 18 buah SMA Kerajaan Pahang dan 4 buah SMAR Pahang.
     Hampir 800 orang calon telah dipilih oleh sekolah masing-masing bagi mengikuti bengkel ini dan dipecahkan kepada 4 zon. Bagi Zon 1,...

Tag: Tahsin Al-Quran

Papar Artikel

SALAM AIDILFITRI

Dalam kerendahan hati ada ketinggian budi,
Dalam kemiskinan harta ada kekayaan jiwa,
Dalam kelembutan lidah ada juga ketelanjuran kata,
Dalam gurau dan senda pasti ada khilaf dan dosa,
Mohon ampun dan maaf di atas segalanya.

Kami warga kerja Bahagian Pendidikan JAIP mengucapkan
Selamat Hari Raya Aidilfitri buat seluruh seluruh guru-guru dan 
kakitangan SMA Pahang serta muslimin dan muslimat. 
Moga ukhwah kita terus terpelihara dan diberkati Allah.
MAAF ZAHIR DAN BATIN

Tag: Selamat Hari Raya Aidilfitri