Laman Web Rasmi Sekolah Menengah Agama Negeri Pahang

(Diselia Oleh: Bahagian Pendidikan, Jabatan Agama Islam Negeri Pahang JAIP)

SKUAD BOLASEPAK SUMBANG PINGAT PERAK

Tanjung Malim, pasukan Bolasepak Kessuma Pahang berjaya memenangi pingat Perak dalam kejohanan Sukan Sekolah-sekolah Menengah Agama Malaysia (KESSUMA) kali ke-19 yang berlangsung di padang Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI).
   Pahang tewas dalam perlawanan akhir melalui penentuan sepakan penalti 5-4 setelah kedudukan masa penuh terikat 1-1. Kejayaan memenangi pingat Perak ini merupakan satu pencapaian yang sangat baik berbanding tahun lalu, dimana perjuangan pasukan Pahang tersekat di peringkat Suku Akhir.

    Keputusan Penuh pasukan Pahang sepanjang kejohanan;

    PAHANG 2 - PERAK 1 (Liga Peringkat Kumpulan)
    PAHANG 2 - SELANGOR 1 (Liga Peringkat Kumpulan)

    PAHANG 2 - WILAYAH PERSEKUTUAN 1 (Liga Pusingan Ke-2)
    PAHANG 0 - KEDAH 0 (Liga Pusingan Ke-2)

    PAHANG 1 - PERAK 1 (Perlawanan Akhir) Perak Muncul Juara selepas menang penentuan sepakan penalti 5-4

Tag: BOLASEPAK

1 komen

hafiz

2018-08-08 02:16:30 UTC

mana lagi gambar lain ustaz?

Sila berikan komen anda di sini