Sekolah Menengah Agama Al-Basriah

Kuala Tembeling Jerantut Pahang

Papar Artikel

Ceramah Anti Buli

30 Mei 2018 : Satu program ceramah anti buli telah diadakan di SMABKT. Pihak sekolah telah menjemput Inspektor Noriah bt Omar PPS daripada Balai Polis Daerah Jerantut bagi memberi penerangan tentang akibat gejala buli di sekolah dari sudut undang-undang.

Program ini banyak memberi manfaat kepada para pelajar agar budaya buli tidak berlaku di sekolah mahupun di asrama. 

Pihak sekolah mengucapkan ribuan terima kasih kepada penceramah kerana sudi meluangkan masa bagi memenuhi slot di SMABKT.

...

Tag: Anti Buli

Papar Artikel

Program Ko-Falak : Istiwa' Adzam

28 Mei 2018 : Pada petang 28 Mei setiap tahun, tepat jam 5.16 petang, (dan 16 Julai, jam 5.28 petang),  matahari akan berada amat-amat hampir tegak di atas bangunan Kaabah, di Masjidil Haram, Mekah.

Satu program ko-falak telah dijalankan bagi mencari arah kiblat berdasarkan bayang matahari yang jatuh dengan menggunakan tiang yang tegak.

Program ini juga turut memberi manfaat kepada ahli ko-falak SMABKT dan juga para pelajar yang lain dalam mempastikan kedudukan kiblat di sekolah atau di...

Tag: ko-falak isitwa adzam

Papar Artikel

Pelancaran 4K dan Gotong Royong

16 mei 2018 : Majlis pelancaran program 4K telah diadakan dengan jayanya. majlis ini disempurnakan oleh Ustazah Mariah Bt Mat Noh selaku GPK Hal Ehwal Murid. 

Sekitar jam 08.00 pagi para pelajar dan guru bersama-sama bergotong royong membersihkan kawasan persekitaran sekolah dan asrama. 

Tag: Pelancaran 4k

Papar Artikel

Sambutan Hari Guru

16 Mei 2018 : Satu sambutan hari guru peringkat sekolah telah berjaya diadakan. Sambutan pada kali ini dikendalikan oleh pelajar-pelajar daripada tingkatan 5. Sambutan ini bermula sekitar jam 08.00 Pagi dengan ucapan daripada Puan Pengetua Ustazah Hayati Hanim Bt Ahmad Dawa. 

Majlis sambutan pada kali ini dibahagikan kepada dua bahagian, satu acara di luar dewan dan 1 acara lagi di dalam dewan. Pihak sekolah dan guru mengucapkan ribuan terima kasih kepada para pelajar yang dapat...

Tag: hari guru