Sekolah Menengah Agama Al-Basriah

Kuala Tembeling Jerantut Pahang

Papar Artikel

SMABKT Mewakili Zon ke Majlis Tadarus Al-Quran (MTQ) Peringkat Daerah Jerantut

Selasa : 27Hb Februari 2018 - SMABKT telah dijemput menyertai Majlis Tadarus Al Quran peringkat zon bagi daerah Jerantut. Pada tahun ini, SMK Padang Saujana, Jerantut telah dipilih menjadi tuan rumah bagi acara yang diadakan saban tahun ini.

 Keputusan melibatkan peserta SMABKT
 1. Nasyid : Johan
 2. Hafazan lelaki : Naib Johan
 3. Hafazan perempuan : Tempat ke 3
 4. Tilawah Al Quran Perempuan : Tempat ke 3

 Tahniah buat semua.

Tag: MTQ

Papar Artikel

Bengkel SPSMA Zon 4

Isnin : 26Hb Februari 2018 - Satu bengkel Sistem Pengurusan Sekolah Menengah Agama (SPSMA) negeri Pahang telah diadakan di SMABKT. Bengkel ini dibuat mengikut zon. SMABKT telah menjadi tuan rumah bagi zon 4 untuk diadakan bengkel ini. 

Bengkel ini bertujuan bagi memberi tunjuk cara kepada semua penyelaras bagi setiap tingkatan di sekolah dalam mempastikan sistem SPSMA dapat diadaptasi dengan baik dan sempurna. 

Bengkel ini dikendalikan di bawah Setiausaha Kerajaan Negeri Pahang...

Tag: spsma

Papar Artikel

Kem Kempimpinan Al-Fateh

23 Februari-25 Februari 2018 : Kem Kempimpinan Al-Fateh bagi tahun 2018 telah diadakan bermula hari Jumaat hingga Ahad.Kem ini diadakan bertujuan untuk mengasah potensi yang ada dalam diri pelajar sebagai seorang pemimpin.Para pelajar juga telah memberikan kerjasama yang baik sepanjang program ini berlangsung.

Pihak sekolah mengucapkan ribuan terima kasih kepada pihak Aura Imtiyaz Consultancy dalam memberikan input yang berguna kepada peserta. Tidak lupa juga, buat guru-guru dan kakitangan...

Tag: kem Kempimpinan

Papar Artikel

Perlawanan Persahabatan Sepak Takraw Antara SMABKT dan MSSD Jerantut

24 Februari - Pejabat Pendidikan Daerah Jerantut : Satu perlawanan persahabatan sepak takraw telah diadakan diantara peserta Masisupa SMABKT dan Peserta MSSD Jerantut.

Perlawanan bermula sekitar 08.30 pagi itu berlangsung sebagai persediaan kepada peserta sebelum Masisupa Pusat yang akan berlangsung pada Mac ini.

Semoga perlawanan persahabat ini dapat membantu para pelajar meningkatkan corak permainan dengan lebih baik pada masa akan datang.

Tag: sepak takraw MASISUPA