Sekolah Menengah Agama Al-Basriah

Kuala Tembeling Jerantut Pahang

Kata Aluan Puan Pengetua

Assalamualaikum warahmatullahiwabarakatuh.... 
 
 
  Saya mengambil peluang yang amat berharga ini untuk mengucapkan selamat sejahtera kepada semua pengunjung laman webAL-Basriah Kuala Tembeling. 
 
SMA al- Basriah sudah mencapai usia 48 tahun. Dalam jangka masa ini banyak cabaran dan dugaan yang ditempuhi oleh warga SMA al- Basriah. 
 
Berpandukan visi sekolah iaitu " menjadikan SMA AL- BASRIAH sebagai institusi yang unggul bertunjangkan falsafah pendidikan JAIP ". Sementara misi sekolah ialah ; 
 
   * Melahirkan pelajar berakhlak mulia, beretika, sahsiah yang seimbang dan sepadu, bertanggungjawab kepada diri, agama, masyarakat dan negara. 
  *  Melahirkan insan yang mampu mengolah masyarakat ke arah penghayatan nilai- nilai agama yang sepadu. 
  *  Mewujudkan sekolah yang kondusif yang disanjung tinggi oleh masyarakat. 
  *  Mencapai sifar buta Al- Quran dan Jawi. 
  *  Menjadikan SMA AL- BASRIAH sebagai institusi pendidikan yang cemerlang, gemilang, dan terbilang. 
 
   Memulakan langkah dengan azam yang baru serta membaikpulih surau An- Nur serta menyelenggara prasarana untuk memudahkan aktiviti P&P dan peningkatan sahsiah diri pelajar. Saya yakin dan percaya usaha- usaha yang dilakukan ini adalah sebagai langkah yang perkasa dan berterusan bagi menjulang nama SMA AL- BASRIAH ke arah kecemerlangan dunia dan akhirat. 
 
 "APA YANG ORANG RASA RUGI, ALLAH AKAN MEMBERIKAN KEUNTUNGAN YANG MANA JALAN- JALAN MANUSIA TIDAK SANGKA. TETAPI ALLAH  BOLEH MEWUJUDKAN KEAJAIBAN DALAM KEHIDUPAN. LIHATLAH BAGAIMANA ALLAH MEMBAHAGI- BAHAGIKAN NIKMAT- NYA. "    (HAMKA) 
 
 Sekian, wassalam... 
 
   
PN. HAYATI HANIM BINTI AHMAD DAWA AMP 
 
   Pengetua, 
 
Sekolah Menengah Agama Al- Basriah, Kuala Tembeling

SEJARAH SEKOLAH

SELAYANG PANDANG SEJARAH SMABKT 
 
         Sekolah Menengah Agama Al-Basriah Kuala Tembeling  ( SMABKT ) , Jerantut merupakan salah sebuah dari  17 buah sekolah Menengah Agama ( SMAN ) yang dikelola dan ditadbir oleh jabatan Agama Islam Pahang ( JAIP ). 
 
         Sekolah-sekolah ini ditadbir dan diuruskan sepenuhnya oleh Kerajaan Negeri Pahang . Semua sukatan dan mata pelajaran yang diajar di sekolah-sekolah ini mengikut sukatan mata pelajaran yang dikeluarkan oleh Kementerian pelajaran Malaysia tanpa meminggirkan satu mata pelajaran pun berbeza dengan sebahagian Sekolah Agama Rakyat ( SAR ) yang tidak mengikut sukatan mata pelajaran yang dikeluarkan oleh kementerian Pelajaran Malaysia . Istimewanya SMAN ini adalah kerana di samping mata pelajaran akademi yang diajar terdapat juga mata pelajaran agama seperti Feqah , Tauhid , Sirah Nabi , hadith , Tafsir , Mantiq , Balaghah , Nahu &  Saraf dan Adab Nusus yang diajar dalam bahasa Arab  yang mana – mana buku dan sukatannya dikeluarkan oleh Badan Kurikulum al-Azhar , Mesir dan diguna pakai di sekolah-sekolah rendah Mesir . Melalui cara ini maka penguasaan pelajar dalam menguasai bahasa arab amat berkesan dan menggalakkan . Di samping itu peperiksaan bersijil turut dijalankan khusus bagi mata pelajaran ini yang diadakan di Tingkatan Empat yang dikenali sebagai Sijil Menengah Agama ( SMA ) untuk melayakkan pelajar-pelajar meneruskan persekolahan mereka di Tingkatan Lima di sekolah-sekolah agama kerajaan negeri . 

         Berbalik kepada sejarah penubuhan dan kewujudan SMABKT , sekolah ini terletak kira-kira 18 kilometer dari Bandar Jerantut dan berada di pertengahan jalan di antara Jerantut -  Kuala Lipis . Selain itu juga , SMABKT juga berada berhampiran dengan jeti ke Taman Negara yang saban hari menjadi tumpuan para pelancong dari serata dunia yang ingin melihat keindahan flora dan faunanya yang semula jadi. 

          Buat masa sekarang sekolah ini di bawah pentadbiran pengetuanya iaitu Ustaz Mohd Salehudin bin Abdullah yang berkhidmat bermula tahun 2002 dan bilangan tenaga pengajarnya seramai 17 orang guru dan dibantu oleh empat orang kakitangan bukan akademi . Bilangan pelajarnya sekitar 250 orang sahaja dan sebahagiannya menginap di asrama sekolah . Pelajar-pelajar sekolah ini terdiri dari Tingkatan 1 hingga Tingkatan 5. 
 
          Sekolah ini mula ditubuhkan dan memulakan pengajiannya pada 2 Februari 1968 dan pada asalnya merupakan sekolah agama rakyat , tetapi ia telah diambil alih oleh Kerajaan Negeri Pahang dan diuruskan JAIP pada 1 Januari 1985 secara rasminya. 
 
          Menyingkap kembali penubuhan SMABKT ini , ia amat berkait rapat dengan seorang tokoh yang mempunyai personaliti yang terserlah kerana ketokohan dan bakat kepimpinannya dalam mengendalikan pelbagai organisasi dan persatuan . Pengalaman dan pengajaran hidup beliau telah dicetuskan bagi menubuhkan sebuah institusi pendidikan agama yang dikenali sebagai SEKOALH MENENGAH AGAMA AL-BASRIAH . Tokoh yang dimaksudkan tersebut ialah Yang Mulia Engku Mohd Basri bin Engku Mohd Salleh , PJK . 
  
           Beliau adalah seorang yang amat dihormati dan disegani kerana kecekalannya dalam menghadapi segala macam reaksi daripada penduduk  tempatan dan tentangan dari pihak-pihak tertentu yang bersikap pesimis terhadap sekolah agama . Kesabaran dan kesungguhan yang kental dan utuh telah mengotakan apa yang dicita , diciptakan dan diujarkannya . Anak watan Pinggiran Tembeling ini dilahirkan di Kampung Bantal , Ulu Tembeling pada 19 April 1932 . Mendapat pendidikan awal di Sekolah Kebangsaan Pulau Tawar , Jerantut setelah mengikut ayahandanya bertugas sebagai guru . Namun , pendidikannya terhenti seketika ketika pendudukan Jepun di Tanah Melayu . Walaupun begitu  beliau masih sempat mengikuti pendidikan Jepun hingga ke darjah lapan . Setelah tamat beliau melanjutkan pelajarannya ke Jepun dalam bidang penulisan . Sehingga kini beliau masih mampu bertutur dalam bahasa Jepun. 
 
           Setelah kembali , beliau telah berkhidmat sebagai penulis sambilan dalam beberapa buah akhbar tempatan . Atas kebolehan dan kepintarannya beliau telah ditawarkan bekerja di sebuah syarikat akhbar  di Pulau Pinang sebagai penulis sepenuh masa . Namun begitu beliau telah menolak semua itu atas alasan keadaan semasa dan faktor geografi yang terlalu jauh dari kaum keluarganya . Untuk tidak mensia-siakan pengalaman , kebolehan dan kelulusannya beliau telah memohon jawatan guru di Sekolah Kebangsaan Kampung Bantal , Ulu Tembeling dan beliau  telah berjaya dalam permohonannya  dan beliau telah diamanahkan untuk menjawat jawatan Guru Besar . Satu keistimewaan yang ada pada beliau ialah beliau mampu mengawal pelajar dengan baik dari segi pengajaran dan disiplin  pelajar walaupun ketika itu sekolah tersebut  hanya mempunyai seorang guru  dengan gaji RM77.00 sebulan dengan bilangan pelajarnya seramai 107 orang . 
 
             Sifat dan karisma beliau dalam memimpin telah membawa beliau bertukar profesion  dari seorang guru kepada Penghulu Mukim Kuala Tembeling . Beliau  terpaksa meninggalkan bidang pendidikan walaupun dengan perasaan berbelah bagi . Kepimpinan beliau telah membawa perubahan dan pembaharuan kepada penduduk setempat dengan membawa pelbagai perubahan antaranya pembinaan surau , jalan raya dan masjid walaupun pada peringkat awalnya mendapat reaksi yang pelbagai dari penduduk tentang sambutan beliau sebagai penghulu yang baru . 
 
             Peranan beliau dalam penubuhan sekolah ini tidak boleh diketepikan kerana dengan usaha gigih beliaulah  tertubuhnya sekolah ini dan berusaha untuk mengambil alih sekolah ini dari Sekolah Agama Rakyat menjadi Sekolah Agama di bawah Jabatan Agama Islam Pahang  rentetan dari pertemuan beliau dengan Duli Yang Maha Mulia Sultan Pahang di rumah rehat  Sultan Pahang di Jerantut . Hasilnya terteralah Sekolah Menengah Agama Al-Basriah  , yang mana Al-Basriah dalam bahasa arab bermaksud “ suatu pandangan “.Beliau selaku Pengerusi Lembaga Jemaah Pengurus Sekolah ketika itu telah membawa perubahan kepada sekolah ini seperti penambahan bilik darjah , padang permainan dan asrama pelajar . Atas usaha yang berterusan dari beliau telah berjaya menempatkan ramai pelajar memasuki sekolah agama tahun demi tahun berbanding dengan tahun-tahun terdahulu yang mana ibu bapa memandang rendah sekolah agama . 
 
            Tahun demi tahun berlalu , maka SMABKT telah mengalami perubahan demi perubahan dari segi struktur bangunan dan prasarana serta kelengkapan yang mana ia tidak ketinggalan  berbanding sekolah yang berada di bawah Kementerian Pelajaran Malaysia walaupun  pada dasarnya SMABKT terletak di kawasan perkampungan . Bangunan kelas juga turut bertukar wajah di mana telah dibina baru bagi keperluan pelajar serta yang terbaru dua blok asrama baru , dewan makan , surau dan kuarters guru sedang giat dibina bermula September 2004 yang lepas dan dijangka akan siap pembinaannya penghujung tahun ini . Selain itu pelbagai kemudahan lain telah di kecapi oleh pelajar antaranya kemudahan bilik komputer bagi menampung keperluan pelajar dalam memahirkan diri dalam bidang ICT , kemudahan perkhidmatan seperti internet , projek keceriaan sekolah sedang giat dilakukan serta pelbagai pembaharuan dan perubahan yang akan menjadikan sekolah ini setanding dengan sekolah-sekolah harian biasa seterusnya menjadikan pelajarnya terus berjaya dala bidang kurikulum dan ko-kurikulum dengan cemerlang . 
 

VISI DAN MISI

                                                                                  VISI     
  
                 Menjadikan SMA Al-Basriah sebagai institusi yang unggul bertunjangkan 
                                                                   falsafah pendidikan
 
                                                                                  MISI
  
                                                 Melahirkan pelajar berakhlak mulia, beretika, 
                                       sahsiah yang seimbang dan sepadu, bertanggungjawab 
                                                kepada diri, Agama, masyarakat dan Negara 
  
                                        Melahirkan insan yang mampu mengolah masyarakat 
                                                                  ke arah penghayatan 
                                                            nilai-nilai Agama yang sepadu 
  
                                                      Mewujudkan sekolah yang kondusif yang 
                                                          disanjung tinggi oleh masyarakat 
  
                                                      Mencapai sifar buta Al-Quran dan Jawi 
  
                                                              Menjadikan SMA Al-Basriah 
                                                  sebagai institusi pendidikan yang cemerlang, 
                                                                  gemilang dan terbilang.

 


 
 
 

MAKLUMAT GURU


 | 1 | USTAZAH HAYATI HANIM BINTI AHMAD DAWA, AMP
Rumah Pengetua, SMA Al-Basriah Kuala Tembeling, 27020 Jerantut, Pahang Darul Makmur. |
DG 44

 | 2 | EN. SHAMSUL BIN SAFFIE @  MOHD NOR, AMP
No. 10, Kampung Lahang, Kuala Tembeling, 27020 Jerantut, Pahang Darul Makmur
GPK KURIKULUM DAN PENTADBIRAN
DG 41

| 3 | PN. MARIAH BINTI MAT NOH
No. 48, PAKR Kuala Tembeling, 27020 Jerantut, Pahang Darul Makmur.
 GPK HAL EHWAL PELAJAR/ PPP
DG 44(KUP)

 | 4 | PN. NOR FAZLITA BINTI AMIR
No. 9, Lorong 8, Taman Embun Jaya, 27000 Jerantut, Pahang Darul Makmur
 GURU JAIP/ PPP
DG 41

 | 5 | PN. NOR ASMAH BINTI MOHD SOUD
No. 7, Lorong Seri Idaman 1, Taman Sri Idaman, 27000 Jerantut, Pahang Darul Makmur
GURU JAIP /PPP
DG 41

 | 6 | EN. MUHAMAD AMIRUL BIN HASIM
No. 298, Felda Chini 01, 26690 Pekan,  Pahang Darul Makmur
GURU JAIP
PPP DG41

| 7 | EN. MOHD YUSOF BIN ISMAIL
No. 67, Kg. Bukit Rang, Pulau Tawar, 27050 Jerantut, Pahang Darul Makmur.
GURU JAIP
PPP DG32

| 8 | CIK WAN YAH BINTI WAN MOHAMAD
338, Jengka 20, 26400 Bandar Jengka, Pahang Darul Makmur.
GURU JAIP
PPP DG 32

| 9 | EN. KASIM BIN MAT LIKI
No. 36, Jalan 7, Taman Pine, 27000 Jerantut, Pahang Darul Makmur.
GURU KPM
PPP DG 48(KUP)

| 10 | EN. MOHD SABRI BIN HUSIN
No. 8, Lorong 1, Taman Damai 3, 27000 Jerantut, Pahang Darul Makmur.
GURU KPM
PPP/ DG 44(KUP)

| 11 | EN. ZA ASMADI BIN AHMAD
Kg. Kuala Retang, Kuala Tembeling, 27020 Jerantut, Pahang Darul Makmur.
GURU KPM
PPP DG 44(KUP)

 | 12 | EN. FAIRUZ ABADI BIN MUSA
No. 4, Lorong 3, Taman Embun Jaya, 27000 Jerantut, Pahang Darul Makmu
GURU KPM
PPP/ DG 44(KUP)

 | 13 | CIK NORKHODIJAH BINTI HARUN

No. 113, PAKR Kuala Tembeling, 27020 Jerantut, Pahang Darul Makmur.
GURU ASPA

| 14 | CIK NURUL AZWANI BINTI MOHAMAD
Rumah Warden Asrama Puteri, SMA Al-Basriah Kuala Tembeling, 27020 Jerantut, Pahang Darul Makmur.
GURU ASPA

| 15 | EN. MOHD HANIZA BIN A. RAHMAN
Rumah Warden Asrama Putera, SMA Al-Basriah Kuala Tembeling, 27020 Jerantut, Pahang Darul Makmur.
GURU ASPA

| 16 | EN. MOHD AMIRULLAH BIN YUSOFF
No. 6, PAKR Kuala Tembeling, 27020 Jerantut, Pahang Darul Makmur.
GURU ASPA

| 17 | EN. MOHAMAD IDHAM BIN HJ ABDUL RAMAN
No. 11, Kedai MARA  Felda Kemasul, 28310 Triang, Pahang Darul Makmur.
GURU ASPA

| 18 | PN. ZARIFAH BINTI HARITH
Kg. Doja, Kuala Tembeling, 27020 Jerantut, Pahang Darul Makmur.
GURU ASPA

| 19 | PN. NURUL FARAH NAJUA BINTI ALAUDDIN
Rumah Warden Asrama Putera, SMA Al-Basriah Kuala Tembeling, 27020 Jerantut, Pahang Darul Makmur.
GURU MUIP

| 20 | ELSHESTAWY ELSHESTAWY ABDELLATIF DABOUR
Rumah Warden Asrama Putera, SMA Al-Basriah Kuala Tembeling, 27020 Jerantut, Pahang Darul Makmur.
GURU ARAB ASPA

| 21 | CIK NURUL NADZIRAH BINTI ABDUL NASIR
Kampung Bukit Genting, 27000 Jerantut, Pahang Darul Makmur.
GURU ASPA

 | 22 | PN. NORPARIDAH BINTI ISMAIL

No. 136, PAKR Kuala Tembeling, 27020 Jerantut, Pahang Darul Makmur
GURU AL-QURAN DAN FARDU AIN ASRAMA

 | 23 | CIK NURUL NAZIFA BINTI IBRAHIM
No. 78, PAKR Kuala Tembeling, 27020 Jerantut, Pahang Darul Makmur.
GURU AL-QURAN DAN FARDU AIN ASRAMA

 | 24 | PN. SABARINA BINTI SULAIMAN
No.  16, Lorong 2, Taman Impian, 27000 Jerantut
GURU AL-QURAN DAN FARDU AIN ASRAMA

| 25 | EN. AHMAD ASYRAF BIN AMIRULLAH
Rumah Pengetua, SMA Al-Basriah Kuala Tembeling, 27020 Jerantut, Pahang Darul Makmur.
GURU ASPA

| 26 | EN. AZRUL AZWAN BIN AZRULRUDDIN
No.8, PAKR Kuala Tembeling, 27020 Jerantut, Pahang Darul Makmur.
GURU AL-QURAN DAN FARDU AIN ASRAMA

| 27 | EN. MOHD SYARIFUDDIN BIN ISMAIL
No. 95, Jalan Rambutan, PAKR Kuala Tembeling, 27020 Jerantut, Pahang Darul Makmur.
GURU PIBG

| 28 | PN. NURULHUDA BINTI YAAKOB
No. 66, PAKR Kuala Tembeling, 27020 Jerantut, Pahang Darul Makmur.
GURU KELAS KOMPUTER